Saturday, 9 April 2016

Segala puji bagiMu

Terdetik,
Mungkin aku terlalu hanyut dalam kecewa buatan sendiri hingga lupa melafazkan sebaris kata syukur buatMu.
Mungkin aku terlalu meminta hingga lupa apa yang ada dalam genggamanku.
Mungkin aku yang berenang jauh ke dasar fikiran sendiri hingga alpa yang sebenarnya aku lemas dan memerlukan bantuan.

Ya.
Mampu menghela nafas itu tanda cintaMu padaku.
Mampu mengukir kata itu nikmat yang tidak terperi.
Terlalu banyak tidak terhitung.
Akulah yang tersadung.
Akulah yang lemah.

Tuntunku kembali.
Tak mahu berpaling.
Masih mahu berjuang.

No comments:

Post a Comment