Monday, 11 April 2016

Domestically Undomestic Goddess

Once I dreamt of becoming a domestic goddess. Thank God, this dynamic relationship has elevates me to a next level


"a domestically undomestic goddess"


Thanks precious.

Saturday, 9 April 2016

Segala puji bagiMu

Terdetik,
Mungkin aku terlalu hanyut dalam kecewa buatan sendiri hingga lupa melafazkan sebaris kata syukur buatMu.
Mungkin aku terlalu meminta hingga lupa apa yang ada dalam genggamanku.
Mungkin aku yang berenang jauh ke dasar fikiran sendiri hingga alpa yang sebenarnya aku lemas dan memerlukan bantuan.

Ya.
Mampu menghela nafas itu tanda cintaMu padaku.
Mampu mengukir kata itu nikmat yang tidak terperi.
Terlalu banyak tidak terhitung.
Akulah yang tersadung.
Akulah yang lemah.

Tuntunku kembali.
Tak mahu berpaling.
Masih mahu berjuang.

Tak Pernah Mengecewakan

Hari tak selamanya mendung.
Awan kelam pasti berarak, mentari pasti kembali bersinar.
Dia Yang Satu tidak pernah mengecewakan sesiapa yang meminta dengan sepenuh jiwa raga.
Sebenarnya Dia memberi kau peluang untuk berjalan antara tiga pilihan:

     1.     Dia langsung memakbulkan permintaanmu
     2.     Dia menyimpan harapanmu dan memberi pilihan yang jauh lebih baik
     3.     Dia bakal memakbulkan hasratmu pada waktu yang tepat

Oleh itu wahai hati, tetaplah bersangka baik. Walau badai melanda, walau manusia menghina, 

teruskan berusaha
teruskan berdoa
Dia ada.
Lebih hampir dari urat sarafmu.
lebih dekat dari jantung nadimu.

Ya Rabb.