Tuesday, 29 March 2016

Redha ibu bapa


Mungkin satu saat kau mengerti betapa besarnya erti redha ibu bapa lagi-lagi seandainya kau ditakdirkan Tuhan, dipilih dari ribuan manusia, menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa.

Ada ketika kau memberontak, membangkang pendapat mereka.
Ada saat, kau langsung tidak sebulu dengan kenyataan mereka.

Namun, sedarkah kau, insan yang digelar ibu bapa ini menyayangi kau tanpa ada sempadan?
Mereka terlalu menyintai kau dari saat kau masih lagi benih mereka.
Merekalah insan yang terlalu memelihara kau dari saat kau belum dibentuk menjadi manusia.
Kau ialah penantian gembira yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.
Kau ialah hasil semaian benih cinta mereka.

Kerana itu,
bukankah ianya indah, pabila

redha Allah terletak pada redha ibu bapa?

Sebatang pensel



Aku bukanlah sebatang warna yang tegar melakar pelangi tujuh warna dalam hidupmu. Dengan sekerdil batang tubuh halus ini, aku hanya mampu memberi kau sejenis warna.

Kalau aku ditakdirkan merah warnaku, merahlah aku.
Kalau tersurat hitam warnaku, hitamlah dia.

Mungkin kau merasa mendatar dengan tidak berbilang warna diriku. Namun, jangan kau khuatir, dengan daya yang tersimpan, aku cuba melakar bentuk pelbagai,


untuk kau tahu,
aku usaha sekudrat tenaga.

Kau

Pada siapa harus kuluah rasa membungkam dalam jiwa

Keluh pada manusia,
telinga sakit,
bosan mendengar.

Rintih pada awan,
awan kelabu tetap kelabu,
langit cerah masih cerah.

Kerana aku hanya ada Kau,
yang aku kadang tak setia,
kadang terleka,
selalu terlupa.

Tapi,
Percayalah,
aku hanya ada Kau,
Kau yang tetap mendenyutkan nadi ini
Kau yang tetap setia memberi nafas hela
Kau yang tetap setia mendengar rintih hiba, ceritera omongan biasa.


Terharu.

Pengubat segala luka


Mengadulah kepada Yang Maha Esa



Dia Pendengar Yang Paling Setia.


Dia Tidak Pernah Mengecewakan. 





Malah Pengubat segala luka.

Wednesday, 9 March 2016

Minta redha


Ya Allah. Redhailah hidupku. Redhailah urusan kehidupanku. Rahmatilah kami semua. Moga Allah terus menitikkan cinta yang tak bertepi. Kau mengajarku erti hidup. Kau mengajarku erti rindu. Rindu yang benar-benar berpanjangan. Rindu yang tidak bertepi. Tuntunlah kami ke jalanMu. Biar yang lepas kelam, Biar yang lepas hitam. Aku hanya mampu menadah tangan pohon Kau ampunkan kekhilafan aku yang dalam. Aku terlalu memerlukanMu, Wahai Pencinta Abadi.

Cinta pinjaman



Semoga cinta yang dipinjam ini

Bahagia abadi

hingga







Firdausi

Bebaskanlah



Bebaskanlah aku dari rantai mengikat yang menyakitkan.
Lepaskanlah aku dari rangkul kaca yang menyenakkan.
Gangsa bersalut emas sudah mula menampakkan sadur
Haha

Enteng yang ampuh
Menunggu masa merapuh



Friday, 4 March 2016

Siapalah aku



Siapalah aku untuk dilambung pujian andai diri masih banyak kelemahan?
Siapalah aku untuk diangkat tinggi sedang aibku dalam genggamanMu?
Siapalah aku untuk dinobat baik andai seribu kejahilan dilindungiMu?
Wahai Allah Yang Maha Pengasih Yang Maha Penyayang, nikmat mana lagi yang aku dustakan?

Redhailah aku.
Redhailah aku.
Redhailah aku.

Ya Rabb, Ya 'Izzati.

Tutup Muka


:)
Semakin lama,
semakin malu.
Entah, rasanya
mungkin tahu.
Tapi aku tak mampu.
Masih lagi malu.

Just a Random Thought


Friend,
I can be with you through thick and thin.
I can laugh at your jokes, cry at our pain,
a shoulder for you to lean on.
But, you shoot an arrow to a target point,
attack me with twisted stories, numerous lies.

Still, I forgive.

Maafkanlah


Wahai Yang Mendamaikan Jiwa,
Andai aku bermegah dengan apa yang dipinjamkan Engkau,

Maafkanlah.

Andai aku riak dengan apa yang tidak kekal,

Maafkanlah,

Dunia dusta ini mengasyikkan lagi melemahkan jiwa.
Maafkanlah aku yang lemah dan hina ini.

Maafkanlah.


Sepi

Entah mengapa jiwa terasa begitu sepi.
Sepi dan sunyi.
Walhal masih bernafas dalam kalangan manusia.
Mingkin hidup tanpa erti makna.
Mungkin ketawa sembunyi duka.
Aku mencari asbab puncanya.
Entah, masih sepi.

Hati yang mencari

Ya Rabb,

Jadikan hati ini antara hati-hati yang mencariMu
di kala duka lara menerpa
di kala pelangi melakar warna.

Benar-benar ampunkanlah aku yang hina dan dina ini.

Amin.

Gula


"Kenapa awak suka dia?"
"Entahlah. Taktahu nak cakap macamana,
Perangai dia.


Menyenangkan."


gadis menguntum senyum sambil fikiran melayang nun di sana.