Wednesday, 20 January 2016

Terima kasih


Terima kasih Allah sebab pinjamkan dunia yang indah ini untukku. 
Senyum.
Bahagia.
Kelurga.
Sahabat.
Masa.
Banyak sangat tidak terkira.

Siapakah aku untuk berpaling ingkar?
Tidak layak.
Langsung tidak.


Ya Rabb

Ya Rabb
Jangan palingkan hati ini setelah bertautnya kasihMu padaku.
Jangan Kau ganti kasih suciMu dengan kasih yang belum pasti.
Jadikan hati ini hati yang sentiasa memerlukanMu untuk setiap detik masa berlalu.


Khadijah





Dan apabila kau menadah tangan meminta kekuatan sekental Saidatina Khadijah, 
mungkin Dia sedang menjawab menerusi liku hidupmu.
Sabarlah, resahmu akan hilang dek masa yang berdetik.
Sabarlah, risaumu akan pergi dibawa angin lalu.
Teruskan berdoa.
Jangan henti.