Sunday, 22 November 2015

Leka selalu

"Neraka tidak pernah memanggil kita tetapi kita mendekatinya. Syurga sentiasa menunggu kita tetapi kita yang menjauhinya"

Benar. Langkah masih lemah.
Kadang ingat. Kadang lupa.
Masih biasa-biasa.
Yang jauh mohon dihampiri
Kerna yang dituntun ini
Lalai sentiasa
Leka selalu

Tiada.
Yang lebih Agung.
Tiada.
Yang lebih Indah.

Allahu Rabbi.

Saturday, 7 November 2015

Pernikahan


Pada satu ketika aku fikir pernikahan itu pengikat cinta dua hati yang sedang berkasih. Tak mungkin terlerai ikatan kasih andai dua hati sedang bertaut.
Mungkin benar.
Mungkin tidak.

Realistiknya (pada aku), pernikahan itu nilainya lebih besar dari tautan hati.
Lebih mendalam dari cinta insani.

Pernikahan itu satu dari seribu jalan menuju syurga dan Dia Yang Satu.
Pernikahan itu bererti memilih
ketua untuk diriku,
ayah kepada anak-anakku,
anak kepada ibu bapaku.
Luas maknanya.
Luas ertinya.

Shadow

Follow but does not swallow
Dark but does not stuck

Keluarga


Terima kasih atas pinjaman yang tidak ternilai ini. Gelak tawa, senyum manis yang terukir terlalu bermakna sehingga tidak mampu ku ungkap dengan kata-kata. Moga keluarga kecil ini disayangi dan dilindungi selalu. Moga keluarga ini bersatu kembali satu hari nanti di tempat permulaan terindah.