Wednesday, 30 December 2015

Suka dia

Ya Rabb,
Pandulah perasaan ini ke jalan yang Engkau redhai dan rahmati.
Didiklah jiwa-jiwa ini untuk mengikat kasih kerana Mu.
Kerana Kau yang membuka hati-hati agar tidak mati dan keji.

Wednesday, 16 December 2015

Biarlah

biarlah
seluruh isi dunia ini membenciku
segenap ruang tiada untukku
kemaafan mereka bukan milikku
janji
bukan
Kamu Yang Satu
yang menolakku

Sunday, 22 November 2015

Leka selalu

"Neraka tidak pernah memanggil kita tetapi kita mendekatinya. Syurga sentiasa menunggu kita tetapi kita yang menjauhinya"

Benar. Langkah masih lemah.
Kadang ingat. Kadang lupa.
Masih biasa-biasa.
Yang jauh mohon dihampiri
Kerna yang dituntun ini
Lalai sentiasa
Leka selalu

Tiada.
Yang lebih Agung.
Tiada.
Yang lebih Indah.

Allahu Rabbi.

Saturday, 7 November 2015

Pernikahan


Pada satu ketika aku fikir pernikahan itu pengikat cinta dua hati yang sedang berkasih. Tak mungkin terlerai ikatan kasih andai dua hati sedang bertaut.
Mungkin benar.
Mungkin tidak.

Realistiknya (pada aku), pernikahan itu nilainya lebih besar dari tautan hati.
Lebih mendalam dari cinta insani.

Pernikahan itu satu dari seribu jalan menuju syurga dan Dia Yang Satu.
Pernikahan itu bererti memilih
ketua untuk diriku,
ayah kepada anak-anakku,
anak kepada ibu bapaku.
Luas maknanya.
Luas ertinya.

Shadow

Follow but does not swallow
Dark but does not stuck

Keluarga


Terima kasih atas pinjaman yang tidak ternilai ini. Gelak tawa, senyum manis yang terukir terlalu bermakna sehingga tidak mampu ku ungkap dengan kata-kata. Moga keluarga kecil ini disayangi dan dilindungi selalu. Moga keluarga ini bersatu kembali satu hari nanti di tempat permulaan terindah.

Sunday, 25 October 2015

Moga Allah redha.

PandanganMu yang terutama.
KasihMu yang teratas.
Biar yang lain menghina.
Biar yang lain tak terima.











Cukuplah
Kau sahaja yang redha.


Tasbih Cinta

Tanpa beralun nada gemersik kalbu.
Tanpa butiran bergetar di celah jari.
Aku resah.
Kosong dalam khayalan.
Lemas dalam impian.

Sea and river

Just like sea and river.
Always together.
Never separate.
Never mix.
But still there.

Mencari

Ku mencari cinta Yang Abadi. Cinta Agung yang tidak bertepi. Ku lemah tanpa rasaMu. Aku rindu mencintaiMu. Jangan pergi tinggalkanku.














Aku rindu cintaMu sesungguhnya,

Bayi


Kenapa bayi itu indah?
Sebab padanya ada bau syurga yang enak sekali.
Bau ketenangan yang tak mampu ditukar ganti hatta dengan minyak wangi paling mahal.
Indah.
Mewangi.

Lelah

Lelah
Kejar dunia.
Lelah kutip kaca.











Semua tak bermakna.
Semua bukan abadi.
Masih lagi.
Lelah.

Wednesday, 24 June 2015

Ruang ini

Ruang luas tempat jari menari datang di sapa.
"Hey, I'm back"
Moga lebih tabah. 
Moga lebih gembira.

Permulaan


Setiap kalinya aku tersungkur, jatuh dan lemah.
Setiap kalinya aku leka dan luka.
Kau ada.
Tetap ada. Sentiasa.
Lebih dekat dari pembuluh darah.
Lebih hampir dari degupan jantung.

Tuntun yang lemah ini kembali.
Mencari permulaan dalam kekhilafan.

Amin.


Lepas


Layang-layang
Ditarik kuat putus talinya
Digenggam erat terbangnya tidak.
Biarkan layang-layang terbang dibawa angin.
Itu yang sebaiknya.
Walau bukan talinya di tangan engkau.
Tapi layang-layang tetap terbang indah.
Masih mampu buat kau senyum.
Bukankah itu yang terbahagia?