Tuesday, 9 July 2013

Rasa ada, tiada.



Rasa kosong dalam masa yang sama rasa serabut. Bagai nampak urat berselirat dalam badan yang tak mungkin dapat dirungkaikan ketika nyawa masih di badan. Bagai terdengar denyut jantung berdegup tanpa henti. Irama yang sama bertahun-tahun. Jelas,makin nyata.
Noktah bila? Tak tahu. Koma? Selalu, tatkala ada naik jatuhnya.
Entah.

Wednesday, 3 July 2013

Kau



kekalutan ditenangkan dengan sebuah senyuman. 
manis di situ. kau tidak tahu.
sinar itu terpancar walau dalam gelita. kau tidak tahu.
sebab kau bukan aku.




Zon selesa






Duduk dalam zon selesa. Empuk dan tenang. Indah bagai kayangan. Mimpi siang, malam ,tiada siapa peduli.Tak perlu fikir apa-apa.
Minda dikosongkan, jiwa dibentangkan.  

Jari telunjuk ditujukan kepada sesiapa yang dirasakan bersalah. Bagai diri tak pernah tercalit noda. Bagai diri sempurna. Perasan.

Sudahlah. Itu menggelabah. Teruskan beradu dalam zon selesa.
Segala yang mungkin berputar di sekeliling yang dikatakan salah, tetap salah.
Kayu tetap dikatakan kayu.
Besi tetap dikatakan besi.
Itu sahaja yang mampu, bukan?
Teruskan.
Duduk sahaja dalam zon selesa.
Bukankah itu lebih enak?
Tangan bersih, tidak kotor.
Kaki berlapik, tidak terluka.
'Pandai'.