Monday, 27 May 2013

selamat berjuang

berlari selagi berkudrat.
berjalan selagi mampu.
bertatih selagi terdaya.
berinjak selagi bernafas.
biar perit asal gigih
biar penat asal usaha

aku,kamu dan kita.
sama jenisnya berbeza dayanya.



ps: selamat berjuang. laluan ke depan,rintangan bertentangan. itu memang lumrah alam.




Tak tahu



Permainan minda bersimpang-siur dalam kesunyian yang memakan diri. 
Tertanya, terfikir, tak tahu, termanggu,
Mengapa?

Old Town White Coffee,
Ibu negara.

PS: Benar, ini paradoks yang bermakna. Tidak mungkin menjadi linear kerana ia tidak pernah wujud walaupun diberi pengiraan yang paling tepat. Terima kasih buat yang mengkritik itu. Harganya tidak ternilai. :)