Saturday, 9 February 2013

Tumpul


Aku tidak jumpa yang mana satu dia kerana semua kelihatan sama-Pensel kayu


Kaku dan buntu.
Itu perkataan yang paling tepat untuk bercerita tentang dia.
Tumpul yang hampir tidak menampakkan tulisan tatkala melakar kata di atas garisan muka buku. Entah di mana silapnya. Dia sendiri sudah hilang pertimbangan untuk dikhabarkan. Asahan demi asahan untuk menajamkan mata yang tumpul sudah tidak lagi memberi kesan. Dia tahu sebabnya. Sahaja dipendamkan dalam-dalam agar tidak terperasan oleh orang di sebelah kiri, kanan, depan dan belakang. Dia gemar bakti yang ditabur di muka helaian-helaian nipis tidak diketahui orang. Dalam erti kata lain, biar manusia tahu apa baktinya bukan siapa dirinya. Dia hanya sebatang pensel kayu 2B biasa tanpa jenama mahal terkemuka. Biarlah orang menghayati karyanya bukan mengagungkan dirinya yang tidak seberapa.

No comments:

Post a Comment