Saturday, 2 February 2013

Cheese tart



Bahan-bahan:

Pastry (1 adunan) ( 17 biji- besar)
-160 g butter
-80 g gula castor/ gula halus
-1 sudu kecil esen vanilla
-sedikit garam
-1 biji telur
-250 g tepung gandum

Bahan isian cheese (2 adunan)
- 250 g cream cheese (Philadelphia)
-1/2 cawan gula icing
-1 biji telur
-1/2 cawan whipping cream
-blueberry filling

Cara-cara:

Doh pastry
1.     Pukul butter bersama gula, esen vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja jangan sampai kembang, nanti berminyak)
2.     Masukkan telur dan kacau sehingga sebati
3.     Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembik, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Doh sepatutnya lembut.
4.     Doh disimpan di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum ditekan ke dalam acuan.
5.     Tekan doh pada acuan tart.
6.     Bakar pada suhu 170 degree Celcius selama 15 minit. Kemudian sejukkan sementara sediaan isian cheese.

Bahan isian cheese
1.     Pukul cheese dan gula sehingga sebati
2.     Masukkan esen vanilla, telur dan whipping cream
3.     Teruskan memukul aduan sehingga kelihatan berkrim.
4.     Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak dan sudukan blueberry filling ditengah-tengahnya.
5.     Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 170 darjah celcius. Sejukkan sebelum dialih dari acuan ke dalam papercup.

PS:
- Doh pastry tidak perlu dibakar sampai betul-betul masak sebelum dimasukkan cheese filling, nanti jadi terlalu garing.
- Tadi try ganti blueberry filling dengan jam, tapi rasanya lagi bagus guna filling. Sebab kalau guna jam, dia agak keras sikit, perlu bancuh dengan air panas dan susah untuk buat bentuk atas cheese tart.

;)

No comments:

Post a Comment