Tuesday, 9 July 2013

Rasa ada, tiada.



Rasa kosong dalam masa yang sama rasa serabut. Bagai nampak urat berselirat dalam badan yang tak mungkin dapat dirungkaikan ketika nyawa masih di badan. Bagai terdengar denyut jantung berdegup tanpa henti. Irama yang sama bertahun-tahun. Jelas,makin nyata.
Noktah bila? Tak tahu. Koma? Selalu, tatkala ada naik jatuhnya.
Entah.

Wednesday, 3 July 2013

Kau



kekalutan ditenangkan dengan sebuah senyuman. 
manis di situ. kau tidak tahu.
sinar itu terpancar walau dalam gelita. kau tidak tahu.
sebab kau bukan aku.




Zon selesa






Duduk dalam zon selesa. Empuk dan tenang. Indah bagai kayangan. Mimpi siang, malam ,tiada siapa peduli.Tak perlu fikir apa-apa.
Minda dikosongkan, jiwa dibentangkan.  

Jari telunjuk ditujukan kepada sesiapa yang dirasakan bersalah. Bagai diri tak pernah tercalit noda. Bagai diri sempurna. Perasan.

Sudahlah. Itu menggelabah. Teruskan beradu dalam zon selesa.
Segala yang mungkin berputar di sekeliling yang dikatakan salah, tetap salah.
Kayu tetap dikatakan kayu.
Besi tetap dikatakan besi.
Itu sahaja yang mampu, bukan?
Teruskan.
Duduk sahaja dalam zon selesa.
Bukankah itu lebih enak?
Tangan bersih, tidak kotor.
Kaki berlapik, tidak terluka.
'Pandai'.

Monday, 3 June 2013

Syria and people- A view from an outsider

     
        Today's international crisis shows how civilians are oppressed due to the circumstances faced by the country. One of the prominent problems occurred today is political dispute in Syria.

          United Nations revealed that the aggression in Syria is at the alarming stage. Human right violations are rampant and they show no sign of peace. Right of women and girls are denied as they are forced to marry combatants. Their voices are neglected and n actions are taken to defend these poor human beings. Due to this constant battle to control the main city, Qusayr, hundreds of innocent people have been killed mercilessly and thousands remain trapped.

          Words are easily spoken than action. As a member of international community, I believe non-profit organisations (NGOs) from all over the world can cooperate and lend hands to these unfortunate.Aid needed is not only in term of material goods,but moral and psychological supports are also crucial to ease the burden.

Let's pray for a better future in Syria.

Monday, 27 May 2013

selamat berjuang

berlari selagi berkudrat.
berjalan selagi mampu.
bertatih selagi terdaya.
berinjak selagi bernafas.
biar perit asal gigih
biar penat asal usaha

aku,kamu dan kita.
sama jenisnya berbeza dayanya.



ps: selamat berjuang. laluan ke depan,rintangan bertentangan. itu memang lumrah alam.




Tak tahu



Permainan minda bersimpang-siur dalam kesunyian yang memakan diri. 
Tertanya, terfikir, tak tahu, termanggu,
Mengapa?

Old Town White Coffee,
Ibu negara.

PS: Benar, ini paradoks yang bermakna. Tidak mungkin menjadi linear kerana ia tidak pernah wujud walaupun diberi pengiraan yang paling tepat. Terima kasih buat yang mengkritik itu. Harganya tidak ternilai. :)


Saturday, 27 April 2013

Penat

Kembali sesak dalam diam.
Susah.
Simpan buang.
Datang lagi.
Sudah tidak peduli.
Penat.




Saturday, 20 April 2013

Tempat Asal Kita

Cantik dan permai.
Lebih dari jangkauan. Lebih dari impian. Terjelopok kerana pecah kaca berderai.
Perhati dari jauh. Donggak tinggi-tinggi sampai penat batang leher. Tapi tetap tak menjadi. Mata terkantup dengan harapan impian jadi kenyataan.

Lensa mata terbuka.
Masih di tanah merah, berlumpur, jijik dan kotor. Entah sampai atau tidak. Hanya harap angan dalam sedar, memang harapan tinggal harapan.

Makin difikir, makin keliru, makin buntu. Resah gelisah tidak menentu. Sungguh!
Andai dikata sakit, di mana lukanya?
Andai dikata derita, apa bebannya?
Andai dikata gelisah, apa sebabnya?

Dongak dan terus dongak. Aku mencari titik pertemuan yang tidak mungkin dapat dilihat mata kasar, hati mati dalam bangkai bernyawa.

Takut, cuak, buntu.
Tidak tahu. Tidak mengerti. Tidak pasti.
Soalan berputar-putar mengikut belokan jalan yang ada sempadan.
Hanya satu jalan keluar.
Masih mencari, teraba-raba dalam terang.

Kutanya pada dia, awak dan kamu.
Kutanya berulang kali.
Mampukah tiba ke tempat asal ?





Inspirasi dari Balang Kaca karya Ahmad Fauzi. Thanks Poji! All the best Ombak Jahat. :)

Monday, 11 March 2013

Tonight

The clouds parted and a finger of light broke from the west. It is exacted the same as what happen in this pond of my heart. I sit for a long time, pondering what I have done for these few hours. Hatred and anger burn me up until I am barely able to breathe the most sincere breeze.

The tiny problem wreaks further destruction on already ravaged situation.

I should make a move.
I should start a pace.

Slowly, strong force of the opposite pole attracts me, whispering the softest voice through my ears,

"Keep calm,
 keep calm,
keep calm".

Saturday, 9 February 2013

Tumpul


Aku tidak jumpa yang mana satu dia kerana semua kelihatan sama-Pensel kayu


Kaku dan buntu.
Itu perkataan yang paling tepat untuk bercerita tentang dia.
Tumpul yang hampir tidak menampakkan tulisan tatkala melakar kata di atas garisan muka buku. Entah di mana silapnya. Dia sendiri sudah hilang pertimbangan untuk dikhabarkan. Asahan demi asahan untuk menajamkan mata yang tumpul sudah tidak lagi memberi kesan. Dia tahu sebabnya. Sahaja dipendamkan dalam-dalam agar tidak terperasan oleh orang di sebelah kiri, kanan, depan dan belakang. Dia gemar bakti yang ditabur di muka helaian-helaian nipis tidak diketahui orang. Dalam erti kata lain, biar manusia tahu apa baktinya bukan siapa dirinya. Dia hanya sebatang pensel kayu 2B biasa tanpa jenama mahal terkemuka. Biarlah orang menghayati karyanya bukan mengagungkan dirinya yang tidak seberapa.

Lily the Unicorn



            Underneath this shady tree,I scanned the horizon. The white, sacred unicorn fashioned from these tiny little clouds gathered together brought me to mini-vacations from my ordeal. I reminisced at the moment daddy bought me a purple unicorn pillow with a medium size yellow horn on its head as my companion when I was 5.  I scared of darkness and I believed there was a hideous demonic creature underneath my bed which appeared when everybody sailing into their dream worlds. Since I slept alone in my gloomy room, this unicorn which I named as Lily was the most trusted friend of mine. I talked to her a lot. Both my Daddy and Mummy called Lily as my imaginary friend. I didn't bother about their thought as long as I marveled with my new buddy. Out of sudden, a mosquito began drilling into my forehead.  This mosquito eventually brings me back to the reality. My hand tried to snap the mosquito but the mosquito was far quicker than me.  Out of nowhere, a group of children surrounds me and lobbing rocks in my direction forcing me to leave the place. I walk away heading to another spot near the river to enjoy my moment alone. 

Saturday, 2 February 2013

Cheese tart



Bahan-bahan:

Pastry (1 adunan) ( 17 biji- besar)
-160 g butter
-80 g gula castor/ gula halus
-1 sudu kecil esen vanilla
-sedikit garam
-1 biji telur
-250 g tepung gandum

Bahan isian cheese (2 adunan)
- 250 g cream cheese (Philadelphia)
-1/2 cawan gula icing
-1 biji telur
-1/2 cawan whipping cream
-blueberry filling

Cara-cara:

Doh pastry
1.     Pukul butter bersama gula, esen vanilla, garam sehingga lembut (sekejap sahaja jangan sampai kembang, nanti berminyak)
2.     Masukkan telur dan kacau sehingga sebati
3.     Masukkan tepung dan uli adunan sehingga menjadi doh. Kalau doh lembik, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Doh sepatutnya lembut.
4.     Doh disimpan di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum ditekan ke dalam acuan.
5.     Tekan doh pada acuan tart.
6.     Bakar pada suhu 170 degree Celcius selama 15 minit. Kemudian sejukkan sementara sediaan isian cheese.

Bahan isian cheese
1.     Pukul cheese dan gula sehingga sebati
2.     Masukkan esen vanilla, telur dan whipping cream
3.     Teruskan memukul aduan sehingga kelihatan berkrim.
4.     Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak dan sudukan blueberry filling ditengah-tengahnya.
5.     Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 170 darjah celcius. Sejukkan sebelum dialih dari acuan ke dalam papercup.

PS:
- Doh pastry tidak perlu dibakar sampai betul-betul masak sebelum dimasukkan cheese filling, nanti jadi terlalu garing.
- Tadi try ganti blueberry filling dengan jam, tapi rasanya lagi bagus guna filling. Sebab kalau guna jam, dia agak keras sikit, perlu bancuh dengan air panas dan susah untuk buat bentuk atas cheese tart.

;)

Thursday, 24 January 2013

Great Thirst

                This shivering night cannot resist my great thirst for the drink. I hadn't drunk anything since this morning. My body is as weak as a glass shattering to pieces when striking the hard surface. I cannot stand seating next to this charming man with the sweetest fragrance I've ever smelled. He smells as sweet as an apple fallen off the tree.So juicy, thirst quench for real. Since I planted my buttock here, I endure a hefty dollop of patience and I cannot hold this anymore. I glance around and there’s nobody here. Perfect. Slowly, I move slightly closer to him, making my first step by asking his name and successfully lock his eyes into mine. His puppy eyes enchanted me, driving me into illusion, hitting the right button.This lust has reached its boiling point. Swiftly, my hands grab his collar bone, smothering it with a humming lullaby, and my lips finally touch his beautiful neck. I quickly suck his dark red blood with my revealing fangs. Yummy, I lick my lower lip to waste no single drop of his sweet blood. Thank you, Mr. Charming. Craving for more warm blood, I make a move to the nearest bus stop with hidden fangs searching for the next victim.




I dream of becoming the blood sucker last night. I guess this is the post effect after a few hours of burying my nose into my first vampire book, Eternal. Never come across my mind to be an eternal, but I think I look fierce and brave with the fangs. J

Belahan Rasa


Belahan Rasa

Ada sesuatu yang tidak kena di sini. Di dalam dan luar. Dia kata benci tapi dia tidak pernah menghayun pedang berkilat itu untuk menyekat mereka. Dia kata sayang pada zahirnya, tapi batinnya dia tidak entah.

Apa nak jadi pada dia?
Apa nak jadi pada dia?
Apa nak jadi pada dia?

Dia leka dalam sedar. Dia buta dalam melihat. Benci, bangga, jengkel bergabung menjadi satu. Elemen yang berpadu berkumpul menjadi paku-paku karat. Berkarat sebab tak diselaputi minyak. Berkarat sebab teroksida oleh udara.

Sudah tahu diri tak tahan udara, kenapa tidak pakai pelindung?
Padah diri. Mencari kertas pasir ke sana ke mari untuk buang karat. Guna kudrat tulang empat kerat buang saki-baki karat. Permukaan tidak lagi selicin dahulu. Dulu hanya tinggal kenangan. Kenangan yang dibakar angan-angan panjang.
Ludah ke langit, jatuh ke muka.