Thursday, 27 December 2012

Nafas



Seninya terlalu halus dan lembut sehingga mudah dilupa malah ditanya kewujudannya yang sangat nyata.
Wujud tapi akal logik kalau tiada bukti saintifik, berat jisim yang ditimbang pasti kata tidak.
Jangkauan akal yang begitu dengkel dan cetek sekali. Itu normal.
Mengapa seni cinta ini terlalu halus?
Ini ujian, sayangku.
Bukti untuk nilaian tahap rafakan syukur semestinya pada Yang Satu sama ada kau sedar atau tidak.
Tidak nampak, tapi pasti.
Berapa ramai yang tunduk dek kerana angin yang keluar masuk dari tubuh saat roh dan jasad bersatu menjadi satu?

Mungkin ada yang tunduk, tapi adakah tunduk itu taat tanpa noda?
Tidak, mustahil.
Mungkin ada, tapi bukan aku.
Itulah, lupa dan leka.
Padahal, yang ghaib itulah penggerak mesin tubuh yang kompleks dan kental.
Padahal, yang ghaib itulah menyatukan rasa cinta.
Rasa cinta yang lemah pada Yang Kuat.
Rasa cinta si anak pada ibu bapa.
Rasa cinta isteri pada suami.
Rasa cinta sahabat kepada teman.

Apabila yang ghaib ini diambil Tuan,
Baru tersedar,
Semua ini dugaan.
Semua ini sementara.
Semua ini pinjaman belaka.