Saturday, 25 August 2012

Kambus


Maha suci yang teragung buat Dia yang menciptakan sesuatu yang pasti mustahil dikerlip mata kasar atau halus, dirasa pahit atau manis, bogel didengar oleh telinga nipis dan tebal, tapi semestinya boleh dihayati dengan hati batu dan baldu. Bagaimana mungkin aku cuba gali lubang sedalam panjang kaki jika balang pun belum pernah terisi? Aku pernah cuba isi balang, tapi balang tak mahu terima. Betul, metaforanya, balang geleng kepala tak sudi terima. Aku cuba sedih tapi ini bukan penyelesaian bijak.


Sedih pada sesuatu yang tidak logik dan mustahil?
Sia-sia namanya.

Bukan sekali balang memuntahkan isi, tapi hampir setiap kali mata terkatup di sebelah pekat malam. Apa yang boleh aku usahakan?

Puas sudah aku penatkan diri dengan harapan palsu, balang lupakan aku. Balang lupakan tuan pengisi sesuatu yang  tidak dapat dilihat, didengari tapi dapat dirasa.

Jangan haraplah.
Semakin aku cuba kambus, semakin kerap balang muntah.
Muntah warna indah.
Subhanallah!

PS:

Dan Dia (Allah) memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka dengan syurga dan sutera. ( Al-Insan: 12)

No comments:

Post a Comment