Saturday, 25 August 2012

Kambus


Maha suci yang teragung buat Dia yang menciptakan sesuatu yang pasti mustahil dikerlip mata kasar atau halus, dirasa pahit atau manis, bogel didengar oleh telinga nipis dan tebal, tapi semestinya boleh dihayati dengan hati batu dan baldu. Bagaimana mungkin aku cuba gali lubang sedalam panjang kaki jika balang pun belum pernah terisi? Aku pernah cuba isi balang, tapi balang tak mahu terima. Betul, metaforanya, balang geleng kepala tak sudi terima. Aku cuba sedih tapi ini bukan penyelesaian bijak.


Sedih pada sesuatu yang tidak logik dan mustahil?
Sia-sia namanya.

Bukan sekali balang memuntahkan isi, tapi hampir setiap kali mata terkatup di sebelah pekat malam. Apa yang boleh aku usahakan?

Puas sudah aku penatkan diri dengan harapan palsu, balang lupakan aku. Balang lupakan tuan pengisi sesuatu yang  tidak dapat dilihat, didengari tapi dapat dirasa.

Jangan haraplah.
Semakin aku cuba kambus, semakin kerap balang muntah.
Muntah warna indah.
Subhanallah!

PS:

Dan Dia (Allah) memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka dengan syurga dan sutera. ( Al-Insan: 12)

Thursday, 23 August 2012

Pena berdansa


Tertinggal


Pelakar kata tanpa tinta dakwat dan kanvas kasar umpama lauk tanpa rasa. Makin dibiar, makin lara jiwanya. Berakar mencengkam nadi-nadi denyutan yang makin parah. 



Tidak! Aku akan pulang.
Jangan dihantuk kepala memberat!


Wednesday, 22 August 2012

Bukowski's



"I loved you like a man loves a woman he never touches, only writes to keep little photographs of"


Charles Bukowski

Sunday, 5 August 2012

Tidak layak

 c

Ya Karim,
Bagaimana mungkin diri hina ini layak melangkah derap  ke taman mahligai indah-Mu.
Bukan sedikit mahar cinta yang harus kubayar untuk menjejak kaki ke alam yang tak tercapai dek akal kilauan kata yang memancar menyejukkan seluruh isi alam yang memasang telinga tanpa mengira latar belakang. 

Ya Rabb,
Izinkanku menuju  menghampiriMu,
Walau langkah tak seindah puteri bangsawan apatah lagi semolek bidadari kayangan.
Mungkin lebih hina dari mana-mana kehinaan.
Saya tidak layak.
Langsung, tidak layak.

Ya Allah,
Izinkanku berlembut kata denganMu,
Sebab saya ini tiada siapa tanpaMu.
Jari dirapatkan, muka ditundukkan,
Meminta sepotong kemaafan,
Dari keegoaan yang lama membelenggu

Ya Rahim,
Saya berbahasa kasar denganMu.
Sedang jika punya pasangan
Lembut gigi dari lidah
Lembut lidah dari kapas

Layakkah saya memanggil Pencipta alam ini dengan ganti nama Kau?
Langsung tak layak saya berbahasa 'Aku-Kau'
Ini Pencipta
Menggenggam seluruh rasa cinta terhadapku
Tapi, saya lupa,
Patutlah,
Terasa jauh, tidak hampir
Ampunkan hamba, Ya Karim. 


Wednesday, 1 August 2012

Belum lupa

Ingat sudah pudar dibawa angin yang datang menyapa.
Tapi.
Tidak.

Belum lupa dan putus asa.
Hanya mampu kirim doa.
Agar kau selamat sejahtera.