Wednesday, 13 June 2012

Dua sisi tak serupa

   
      Luahan rasa mata putih menzahirkan isi hatinya yang tersirat di balik urat-urat denyut jantung yang masih berfungsi. Dia rasa mata hitam berpaksikan hiburan semata-mata. Hiburan yang menyuap fizikal lahiriah yang sudah pasti tidak kekal abadi di dunia fana ini. Tidak salah jika setitik warna yang bukan putih dicampur dengan susu sebelanga. Tapi, kalau berlebihan, pudarlah rasa dan warna. Biar mata putih tetap dengan pendapatnya. Apa-apa yang dikata orang, terpulanglah. Pekak dalam perbuatan mendengar.

       Lihat dari sisi mata hitam. Mata putih itu tidak menarik pandangannya. Hidup hanya sekali, mana mungkin disia-siakan. Dunia itu perhiasannnya indah. Apa guna indah rupawan jika tidak pernah diguna pakai? Itu sia-sia namanya.Darah muda yang mengalir harus dituruti sebaiknya. Takkan mungkin mata putih mahu mengekorinya. Mata putih yang hanya pandang pada helaian kata berjela, perangkap diri dalam istana penjara. Pendek kata, bosan!
     
      Sudahlah, mata putih boleh selam mata hitam dan sebaliknya. Tapi, pasti cara menyelam itu tak serupa. Apa yang benar, masing-masing ada teras jitu. Jangan mudah goyah dengan angin. Tolong jadi pekak dalam mendengar.

PS:
-Setiap orang ada persepsi berbeza terhadap orang lain, tapi ingat:
    Pertemuan dengan Yang Esa itu amat pasti
    Dunia fana ini hanya ujian semata-mata, sekejap cuma


No comments:

Post a Comment