Friday, 22 June 2012

Kematian

     Mainan hidup berdetik lagi. Dia datang pada gelap semalam. Aku tak pasti. Sebelum lampu benar-benar terpadam atau selepas nyalaan lampu kembali. Tapi, detik semalam bagai bukan fantasi, realiti.

     Aku bertarung nyawa. Aku berada di antara alam dunia dan alam barzakh. Orang ramai kuat kedengaran di bibir mereka bacaan memuji keagungan Nya. Aku terbaring. Hati berdegup tapi rasa tenang. Aku nampak bayangan yang ku tak pasti bagaimana rupanya. Dia bayang-bayang. Dia datang. Aku takut. Rasa berpeluh-peluh. Siapa yang datang? 

     Orang ramai masih kuat membaca memuji Pencipta alam sedang aku dalam ketakutan. Sumpah. Dia yang tidak kukenal datang menghampiriku dari hadapan. Kelibatannya berwarna hitam, tapi bukan hitam gelap, kelabu mungkin. Aku kurang pasti. Aku cuak. Mahu kulari, tapi badanku tidak boleh berganjak walau seinci. Aku ketakutan. Peluh menitik-nitik dari dahi turun ke pipi. Jantung berdegup bukan sekali  denyutan pada satu masa, lebih sekali mungkin. Mataku umpama mahu terkeluar dari rangkanya.

   Dia datang lagi dekat menghampiriku. Tatkala tangannya menghala dari atas kepalaku menghala ke kaki tanpa sebarang sentuhan, aku dapat rasakan sesuatu keluar dari tubuhku mengikuti dia. Serentak dengan itu, jasadku tak lagi berfungsi. Jantung sudah berhenti berdenyut. Mata sudah terkatup, ada sebuah senyuman terukir di bibir. Rasa tenang. Rasa bahagia. 

    Aku tidak tahu apa yang dia tarik keluar dari tubuhku. Tapi, rasanya tidak sakit langsung. Rasanya sungguh bahagia. Aku berjalan mundar-mandir memerhati jasadku yang dikelilingi orang ramai yang tidak henti-henti membaca tulisan Arab itu, sedang dia berada memerhatikan aku. Aku fikir dia sedang menantiku. Entah ke mana dia ingin membawaku.
.
.
.
    Di tengah keheningan malam itu, aku tersentap. Aku ingat sememangnya aku sudah tiada di muka bumi ini. Beristighfarlah. Tangan ditarik ke dada. Jantung masih meneruskan tari rentak yang sama. Aku masih bernyawa!


Belum tenteram


Bagaimana permulaannya?
Aku pun tak tahu.
Tapi, memang benar, sungguh.
Rasa belum tenteram.

Setiap kali kaki melangkah keluar, perasaan itu wujud.
Dah berhari-hari, jadi bertahun-tahun.
Rasa bersalah, tapi endah tak endah.
Itu definisi baik?
Lupakan sahaja.
Baik di mata manusia.
Dapat apa?

Rasa belum tenteram.
Masih ada ruang-ruang yang belum dilitup sempurna.
Tutup tapi nampak.
Belum sempurna.
Dibelenggu, dibuai rasa sendiri.



PS: Pohon doa agar semua dah aku menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Friday, 15 June 2012

Hilang dalam tulisan


Sumpah. Aku tak tahu.
Aku tak tahu aku hidup atau mati.
Bila sahaja aku masuk dalam tulisan.
Aku jadi buntu.
Aku jadi pekak.
Aku jadi hilang.
Hilang dalam tulisan.

Aku kalau menatap wajah Kim Hyung Joon pun tak macam ni.
Apa nak jadi?
Entahlah.
Pagi-petang-malam.
Tak tahu.





Wednesday, 13 June 2012

Bukan memilih

Tidak menjawab, bukan bermakna ego.
Tidak menyahut, bukan bermakna sombong.
Tidak membuat pilihan, bukan bermakna cerewet.

Susah.
Kalau hati terpaut pada seseorang.
Cuma seseorang.
Tak boleh paksa hati terima yang lain
Melainkan seseorang.

Sudah puas cuba buka hati
Sudah puas cuba buka minda
Biar kenal orang-orang

Tapi
Bukan mudah
Bila hati degil, tak nak dengar cakap
Bila hati masih mengharap, walau seseorang tak tahu

Aku akan pergi
Bila aku pasti
Pasti teramat pasti
Seseorang bukan untuk aku lagi

Aku pasti mampu
Mampu untuk lupa
Lupa pada seseorang
Seseorang yang aku cuba buang
Buang dalam kenangan
Kenangan datang dalam mimpi
Mimpi seseorang
Seseorang yang lama dipendam
Dipendam bukan sekejap
Sekejap itu tidak mungkin
Mungkin terlalu lama
Lama untuk aku luahkan
Luahkan rasa untuk seseorang




Dua sisi tak serupa

   
      Luahan rasa mata putih menzahirkan isi hatinya yang tersirat di balik urat-urat denyut jantung yang masih berfungsi. Dia rasa mata hitam berpaksikan hiburan semata-mata. Hiburan yang menyuap fizikal lahiriah yang sudah pasti tidak kekal abadi di dunia fana ini. Tidak salah jika setitik warna yang bukan putih dicampur dengan susu sebelanga. Tapi, kalau berlebihan, pudarlah rasa dan warna. Biar mata putih tetap dengan pendapatnya. Apa-apa yang dikata orang, terpulanglah. Pekak dalam perbuatan mendengar.

       Lihat dari sisi mata hitam. Mata putih itu tidak menarik pandangannya. Hidup hanya sekali, mana mungkin disia-siakan. Dunia itu perhiasannnya indah. Apa guna indah rupawan jika tidak pernah diguna pakai? Itu sia-sia namanya.Darah muda yang mengalir harus dituruti sebaiknya. Takkan mungkin mata putih mahu mengekorinya. Mata putih yang hanya pandang pada helaian kata berjela, perangkap diri dalam istana penjara. Pendek kata, bosan!
     
      Sudahlah, mata putih boleh selam mata hitam dan sebaliknya. Tapi, pasti cara menyelam itu tak serupa. Apa yang benar, masing-masing ada teras jitu. Jangan mudah goyah dengan angin. Tolong jadi pekak dalam mendengar.

PS:
-Setiap orang ada persepsi berbeza terhadap orang lain, tapi ingat:
    Pertemuan dengan Yang Esa itu amat pasti
    Dunia fana ini hanya ujian semata-mata, sekejap cuma