Saturday, 21 April 2012

Diam?



Bukan sehebat dua nama tertera.
Banyak khilafnya aku, tahu.
Tapi, ada cita-cita sebesar mereka.

Boleh?
Sebab nak simpan dia di hujung cerita. 
Terima kasih datang dalam mimpi
sambil senyum 
tak kata apa-apa.
Cukup bahagia.










Sunday, 15 April 2012

Selfish


Kau ingat kalau kau jual ikan busuk tepi jalan, ada kereta hendak berhenti, minta timbang sekilo ikan untuk beli? Walau cantik rupawan manapun rupa ikan, tapi kalau isi tak segar, jangan pernah letak harapan, jangan pernah. Bukan setakat nak singgah, nak lalu sebelah pun tak lalu.

Kau ingat kau boleh hidup kalau jual ikan busuk? Orang tak suka, langsung. Kau simpan ikan segar-bugar untuk diri sendiri, tapi kau bagi ikan busuk dengan tangan kanan. Konon-konon beradab apabila beri guna tangan kanan. Tapi, kau jangan ingat aku tak tahu menilai kualiti ikan. 
Kau silap, silap besar. 

Diam bukan makna aku bisu, aku cuma membatu sebab aku tahu kau tak mahu buka hati terima kata-kata aku.  

Saturday, 7 April 2012

Pejam malam




Maka terjelopoklah aku ke dalam dunia tanpa sempadan. Figura-figura dua manusia bukan perempuan yang semestinya aku kenal tidak statik di ruang tamu.

Plot kasar: (Ini cerita klise tapi apa aku peduli)


Figura satu yang bukan perempuan duduk mengadap figura tidak bernombor yang bukan lelaki. Asyik berceloteh, sampai nampak senyum simpul belah kiri. Entah sedar atau tidak figura tidak bernombor tentang perihal kerlingan mata figura dua. Ada rasa yang kurang enak, kesian dia. Bukan maksud figura tidak bernombor     untuk pekakkan telinga, butakan mata yang terang-terang masih baik fungsinya. Salahkan rasa setebal kamus Dewan Bahasa dan Pustaka yang halang tindak balas. Bukan sekadar tindak balas satu saat, tindak balas sebelum separuh mata berkelip pun tak berhasil. Malu siot! Akhir cerita, figura dua pendam rasa kurang enak. Rasa tak sedap yang beri pada hujung lidahpun, belum tentu pasti pahit atau tawar. 

Aku bangkit dari lena malam, wuduk guna air sejuk, solat Subuh dua rakaat.

Sekian.  

Tuesday, 3 April 2012

Bukan sekali


Kau tahu sesuatu?
Aku tak perlu potret kamu untuk kau masuk ke dalam mimpiku
Aku tak perlu suara kamu untuk aku berangan sehari panjang
Aku tak perlu jumpa kamu untuk aku senyum sampai telinga
Aku tak perlu jumpa jasad kamu di depan mata
Aku tak perlu puji kamu untuk bersajak puitis

Kenapa?
Aku sendiri bingung dan buntu
Bukan sekali
Bukan dua kali
Tapi berkali-kali
Aku pergi konon tak kembali
Aku lari konon tak endah
Penat yang panjang
Lelah yang gelabah
Entah, entah, entah

Sebab
Aku cuba buang kamu
Aku cuba campak kamu
Dari potret hati, dari gambar minda
Bukan sekali
Bukan dua kali
Tapi berkali-kali

Aku tepuk tangan pada diri
Walau berpijak pada mimpi yang tak pasti
Aku mampu simpan kamu dalam hati
Bukan sekali
Bukan dua kali
Tapi berkali-kali

PS: Untuk kamu yang aku simpan dalam-dalam walau masa berkata belum sampai satu dekad. Satu kau hantar padaku, kau pasti tak sangka berapa yang aku balas padamu. Tak perlu kata apa-apa atau teka apa-apa. Bukan aku penat, tapi kadang-kadang hati juga ingin bersuara. Aku sudah hilang fokus tahap maksima. Doakan aku tabah. Kerana itu aku melakar kata.