Saturday, 18 February 2012

Rasa yang menggila

Mana mungkin mata terpejam rapat
Lena dibuai mimpi indah
Bertemankan sang rembulan purnama
Bersaksikan kicauan burung yang sayup-sayup kedengaran
Sedang kocakan tasik dalam jiwa
Tidak pernah tenang
Umpama dibaling dengan kerikil kecil
Terus-menerus, tanpa henti

Tasik yang tak pernah berhenti berkocak
Diselebungi jelaga yang makin menebal
Aku tahu
Aku dapat rasa
Tanpa sentuhan tangan mahupun santapan mata

Justeru
Aku sungguh resah dan gelisah
Tanpa tetapan yang tepat
Aku belum jumpa titik keseimbangan
Antara dua belah pembahagi yang sama rata
Sekejap-sekejap terjungkit ke sebelah kanan
Sekejap-sekejap terjungkit ke sebelah kiri

Jeritan batin yang hanya didengari akal
Buat aku hampir putus asa
Mahu sahaja dibiarkan kapal belayar
Tanpa arah tuju berpandukan kompas.

Sakitnya rasa, hanya jiwa yang tahu
Rasa yang menggila tapi dungu

Mahu sahaja cabut akar dari tanah
Biar tak pernah berputik pucuk muda
Ganas meracun apabila debunga mendarat ke tanah
Biar pupus generasi mendatang

Tapi sudah namanya irama dan lagu
Racun, asid, ubat, bomoh
Namakan apa sahaja
Itu sememangnya mustahil

Bagi sahaja racun pengawal
Agar tak terus melata
Bagi sahaja benih baru
Agar tumbuh pohon baru

2 comments:

  1. kau seolah memarahi kondisi diri kau sendiri..

    ReplyDelete
  2. Memang benar. Aku selalu marah pada kondisi aku yang kadang-kadang rapuh..

    ReplyDelete