Thursday, 2 February 2012

Panahan yang tersasar 0.1

Halakan panahan busur agar tepat pada sasaran.
Sebelah mata sudah ditutup, pejam erat-erat seketika.
Tangan sudah bergegar, tali busur sudah ditarik pada tahap semaksimum mungkin.
Fokus pada sasaran agar kau mampu sasarkan hala tuju pada titik tengah papan panahan.
Sudah cuba mengerah keringat, manik-manik peluh sudah turun dari muka ke batang leher, penat dan letih.
Anak panah dilepaskan setelah benar-benar yakin.
Anak panah bergerak membelah angin, melawan arus sepantas kilat.
Degupan jantung yang tak sampai satu degupan pun sudah cukup.
Cukup untuk melihat ketibaan anak panah.


Mungkin,
kaulah orang yang paling bahagia dan lega apabila sasaran mengenai titik tuju seratus peratus.
Tapi, jika tersasar walau 0.1 pun, jangan pernah berduka tapi terus mara. 
Sebab itulah anak panah bukan satu yang tersedia, tapi sekurang-kurangnya enam asakan peluang.




Apa rasionalnya di sebalik enam anak panah yang diberi?
Mengapa bukan hanya satu sahaja?
Bijak merungkai persoalan minda mengetemukan satu jawapan.


Satu itu kalau berjaya, nasib badan yang sungguh baik.
Dua itu kalau berjaya, engkau memang berbakat.
Tiga itu kalau berjaya,engkau masih ada tiga percubaan untuk tepat.
Empat itu kalau berjaya, engkau ketemu tiga kegagalan sebelum hebat.
Lima itu kalau berjaya, engkau belajar tabah sebelum kuat.
Enam itu kalau berjaya, usaha sudah diberkati. 


Tapi, kalau keenam-enam percubaan tidak membuahkan hasil,
Jangan pernah menyalahkan anak panah.
Mungkin, tangan yang pegang busur panahan masih belum kuat. 
Mungkin, jari-jemari masih lemah untuk melepaskan panahan busur pada kelajuan yang engkau kehendaki. 
Bagaimana mungkin anak panah mampu membelah angin jika kekuatan tangan sekadar mampu mencubit lembut roti Gardenia?


Andai,
suatu masa,
 kau mampu mencapai titik sasaran tanpa sebarang latihan,
 kukira itu nasib baikmu sahaja.


Titik sasaran tidak pernah berganjak. Dia tetap di tengah-tengah papan berbentuk bulat. Kekuatan tangan dan daya fokus sahaja yang berubah-ubah.

3 comments:

  1. very deep in meaning.. guess u still have lot more anak panah..:D cubaan seterusnya mungkin membuahkan hasil, insyaAllah.. indeed, u'd already lots experience, kan.. Adore the way u thinking.. Gambate! :D

    ReplyDelete
  2. waa meaningful
    walaupun engkau gagal berkali2, jgn mudah untuk putus asa, insyallah kejayaan sentiasa ade selagi ade peluang seperti 6 anak panah, jika engkau gagal percayalah takdir ade rancangan lain utk kamu , jika berjaya tanpa usaha bersyukurlah rezeki drpd Ilahi...

    ReplyDelete
  3. Thanks to all.. Ye, ni semua untuk sape2 yang rase patah dan lemah semangat ..tak kesah la dalam ape2 perkara pun. Dan a moment of deep thought could open the door of positivism :)

    ReplyDelete