Thursday, 27 December 2012

Nafas



Seninya terlalu halus dan lembut sehingga mudah dilupa malah ditanya kewujudannya yang sangat nyata.
Wujud tapi akal logik kalau tiada bukti saintifik, berat jisim yang ditimbang pasti kata tidak.
Jangkauan akal yang begitu dengkel dan cetek sekali. Itu normal.
Mengapa seni cinta ini terlalu halus?
Ini ujian, sayangku.
Bukti untuk nilaian tahap rafakan syukur semestinya pada Yang Satu sama ada kau sedar atau tidak.
Tidak nampak, tapi pasti.
Berapa ramai yang tunduk dek kerana angin yang keluar masuk dari tubuh saat roh dan jasad bersatu menjadi satu?

Mungkin ada yang tunduk, tapi adakah tunduk itu taat tanpa noda?
Tidak, mustahil.
Mungkin ada, tapi bukan aku.
Itulah, lupa dan leka.
Padahal, yang ghaib itulah penggerak mesin tubuh yang kompleks dan kental.
Padahal, yang ghaib itulah menyatukan rasa cinta.
Rasa cinta yang lemah pada Yang Kuat.
Rasa cinta si anak pada ibu bapa.
Rasa cinta isteri pada suami.
Rasa cinta sahabat kepada teman.

Apabila yang ghaib ini diambil Tuan,
Baru tersedar,
Semua ini dugaan.
Semua ini sementara.
Semua ini pinjaman belaka.

Saturday, 3 November 2012

Bukan tempat aku

Bukan di tanah yang kupijak tempat kucaci maki
Bukan pada langit mendung berair ludahku ke atas
Bukan segala sesuatu yang tidak kena paras rupanya
Tapi yang itu belum cukup
Cukup selesa dan tenteram
Sebab itu bukan tempat aku.

Tuesday, 23 October 2012

Kaget





Dalam kelam kebisingan meragut kedamaian denai yang sedang dikejar. Tapi belum pasti benar dapat tangkap atau dia terlepas pergi.

Hati jadi mati dalam diam.
Minda jadi buntu warna kelabu persis kotak pegun tayang warna samar-samar.

Langkah...
mati tatkala bangunan itu jadi tujuan.
Hati mulai mencambah benih.
Sinar mentari mulai membalas senyum.
Derita jadi bahagia.

Tiada kata secantik bahasa.
Persembahan ini untuk Yang Hampir, lebih hampir dari urat leherku.

Kaget!

Pujian

Lembut lidah dari gusi ,mengutarakan kata lunak indah persis istana kaca nun di alam fantasi. Buat di sana tafsiran lain-lain, tentu tak serupa. Ini jaminan aku, pasti.
Untuk apa?
Ini taman permainan tapi tiada buaian atau gelongsor
Ingat, tampal di otak meresap ke akar-akar jiwa.

Maksud kata kau untuk mengiyakan dan percaya dusta atau kata yang semestinya bukan kau pemilik dia.
Ini sangat jijik, kotor dan hodoh.
Jijik yang nampak indah.
Menerobos jiwa yang rapuh dan kelam.
Tak perlu, lebih menarik.
Undang tanduk dua berbisik halus.
Undang yang di dalam beradu indah.
Dibuai angin yang nampak sepoi-sepoi bahasa.
Buat kau jadi KLCC
KLCC tambah tinggi, tinggi melangit sangat.

Kau sangka ia menawan?
Buat yang lain tertawan?
Dalam sahaja yang tahu betapa tidak mampu berdiri dengan sebelah kaki.
Jangan sampai runtuh.

Monday, 10 September 2012

Benar, selamat tinggal

Aku sudah pergi walau aku masih di sini.
Aku sudah melangkah walau kadang-kadang tertoleh.
Bukan kerana dia atau mereka.
Tapi.
Hati sendiri.
Hati sendiri.
Minta pergi.
Benar, selamat tinggal.


















Wednesday, 5 September 2012

Ketidaksempurnaan

            Aku menyintai ketidaksempurnaan kerana ia cukup sempurna buatku. 

Mana mungkin garisan buku latihan seratus peratus horizontalnya sama besar di sebelah kiri, kanan dan tengah? Mungkin secara kasarnya nampak sama, tapi tidak serupa. 

Mana mungkin ukur lilit bulatan ke titik tengah pusat sama pada setiap lengkungan? Mana mungkin setiap lengkungan itu benar-benar sama di setiap sisi?

Kerana itu, aku yakin ketidaksempurnaan itu 

buat manusia nampak indah,
 buat manusia jadi tabah, 
buat manusia jadi rebah,
buat manusia bangkit kembali.



Monday, 3 September 2012

Khas buat wanita

Wanita itu terlalu indah untuk diumpamakan dengan kata-kata.
Sungguh mata tidak mahu berkedip tatkala melihat hiasan dunia yang sungguh gemerlap.
Tapi, lebih indah jika wanita itu dihiasi peribadi yang tenang dan sejuk.

Buat semua yang bernama wanita,
Bersyukurlah.
Jangan pernah bangga pada yang memuji keelokan rupa parasmu
Jangan pernah angkuh pada kata menzahir budi yang santun
Jangan pernah riak pada kata-kata manis sang pujangga cinta
Jangan pernah leka dengan dunia sementara
Ingat, dan jangan pernah alpa
Semua ini pinjaman Tuhan
Semua ini ujian Tuhan
Semua ini bukan milik diri.

PS: Kata-kata ini ditujukan kepada semua wanita dan peringatan kepada aku semestinya.  Kalau ada orang memuji kita, maksudnya kita diberi pinjaman yang hebat dari Ilahi, bersyukurlah, jangan takbur. Tapi, kalau ada orang yang menghina kita, bersabarlah, mungkin banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.









Credit to: AishaArdini & Khadimulquran. Thanks :)

Saturday, 25 August 2012

Kambus


Maha suci yang teragung buat Dia yang menciptakan sesuatu yang pasti mustahil dikerlip mata kasar atau halus, dirasa pahit atau manis, bogel didengar oleh telinga nipis dan tebal, tapi semestinya boleh dihayati dengan hati batu dan baldu. Bagaimana mungkin aku cuba gali lubang sedalam panjang kaki jika balang pun belum pernah terisi? Aku pernah cuba isi balang, tapi balang tak mahu terima. Betul, metaforanya, balang geleng kepala tak sudi terima. Aku cuba sedih tapi ini bukan penyelesaian bijak.


Sedih pada sesuatu yang tidak logik dan mustahil?
Sia-sia namanya.

Bukan sekali balang memuntahkan isi, tapi hampir setiap kali mata terkatup di sebelah pekat malam. Apa yang boleh aku usahakan?

Puas sudah aku penatkan diri dengan harapan palsu, balang lupakan aku. Balang lupakan tuan pengisi sesuatu yang  tidak dapat dilihat, didengari tapi dapat dirasa.

Jangan haraplah.
Semakin aku cuba kambus, semakin kerap balang muntah.
Muntah warna indah.
Subhanallah!

PS:

Dan Dia (Allah) memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka dengan syurga dan sutera. ( Al-Insan: 12)

Thursday, 23 August 2012

Pena berdansa


Tertinggal


Pelakar kata tanpa tinta dakwat dan kanvas kasar umpama lauk tanpa rasa. Makin dibiar, makin lara jiwanya. Berakar mencengkam nadi-nadi denyutan yang makin parah. 



Tidak! Aku akan pulang.
Jangan dihantuk kepala memberat!


Wednesday, 22 August 2012

Bukowski's



"I loved you like a man loves a woman he never touches, only writes to keep little photographs of"


Charles Bukowski

Sunday, 5 August 2012

Tidak layak

 c

Ya Karim,
Bagaimana mungkin diri hina ini layak melangkah derap  ke taman mahligai indah-Mu.
Bukan sedikit mahar cinta yang harus kubayar untuk menjejak kaki ke alam yang tak tercapai dek akal kilauan kata yang memancar menyejukkan seluruh isi alam yang memasang telinga tanpa mengira latar belakang. 

Ya Rabb,
Izinkanku menuju  menghampiriMu,
Walau langkah tak seindah puteri bangsawan apatah lagi semolek bidadari kayangan.
Mungkin lebih hina dari mana-mana kehinaan.
Saya tidak layak.
Langsung, tidak layak.

Ya Allah,
Izinkanku berlembut kata denganMu,
Sebab saya ini tiada siapa tanpaMu.
Jari dirapatkan, muka ditundukkan,
Meminta sepotong kemaafan,
Dari keegoaan yang lama membelenggu

Ya Rahim,
Saya berbahasa kasar denganMu.
Sedang jika punya pasangan
Lembut gigi dari lidah
Lembut lidah dari kapas

Layakkah saya memanggil Pencipta alam ini dengan ganti nama Kau?
Langsung tak layak saya berbahasa 'Aku-Kau'
Ini Pencipta
Menggenggam seluruh rasa cinta terhadapku
Tapi, saya lupa,
Patutlah,
Terasa jauh, tidak hampir
Ampunkan hamba, Ya Karim. 


Wednesday, 1 August 2012

Belum lupa

Ingat sudah pudar dibawa angin yang datang menyapa.
Tapi.
Tidak.

Belum lupa dan putus asa.
Hanya mampu kirim doa.
Agar kau selamat sejahtera.

Wednesday, 18 July 2012

Goncangan realiti


Siapa dikedudukan yang hina ini untuk menyalahkan takdir, wahai diri? Andai usaha berbakul-bakul rasa tidak dipandang, jangan pernah tunding jari, jangan pernah berpaling. Ini hadiah tidak ternilai daripada Pencipta. Dia sedang membentuk diri, bukan itukah yang dipinta saban hari?  Tidakkah diri tahu Dia berfirman

"Takkan dikatakan beriman seseorang itu jika tidak pernah diuji?".

Apa lagi yang perlu dipersalahkan. Bukalah mata seluas-luasnya wahai diri. Sedang cabaran ringan pun tidak mampu dipikul, apatah lagi yang tidak tertahan dek bahu menggalas. Jangan dengar bisikan halus untuk salahkan Dia. Si licik itu memang petah memanipulasikan diri. Bukankah diri pernah berkata mahu jadi insan redha, mahu jadi manusia ikhlas?

Mana janji yang terbit dari hati, terlafaz di bibir? Diri goyah tatkala berdepan cubaan?
Jangan jadi lemah.
Jangan jadi rapuh.
Jangan mudah terpedaya.
Jangan,jangan, jangan.

Bukan diri yang berada di medan perang merobek jantung musuh yang nyata. Bukan diri yang berhadapan kematian insan tercinta. Bangkit!

Friday, 22 June 2012

Kematian

     Mainan hidup berdetik lagi. Dia datang pada gelap semalam. Aku tak pasti. Sebelum lampu benar-benar terpadam atau selepas nyalaan lampu kembali. Tapi, detik semalam bagai bukan fantasi, realiti.

     Aku bertarung nyawa. Aku berada di antara alam dunia dan alam barzakh. Orang ramai kuat kedengaran di bibir mereka bacaan memuji keagungan Nya. Aku terbaring. Hati berdegup tapi rasa tenang. Aku nampak bayangan yang ku tak pasti bagaimana rupanya. Dia bayang-bayang. Dia datang. Aku takut. Rasa berpeluh-peluh. Siapa yang datang? 

     Orang ramai masih kuat membaca memuji Pencipta alam sedang aku dalam ketakutan. Sumpah. Dia yang tidak kukenal datang menghampiriku dari hadapan. Kelibatannya berwarna hitam, tapi bukan hitam gelap, kelabu mungkin. Aku kurang pasti. Aku cuak. Mahu kulari, tapi badanku tidak boleh berganjak walau seinci. Aku ketakutan. Peluh menitik-nitik dari dahi turun ke pipi. Jantung berdegup bukan sekali  denyutan pada satu masa, lebih sekali mungkin. Mataku umpama mahu terkeluar dari rangkanya.

   Dia datang lagi dekat menghampiriku. Tatkala tangannya menghala dari atas kepalaku menghala ke kaki tanpa sebarang sentuhan, aku dapat rasakan sesuatu keluar dari tubuhku mengikuti dia. Serentak dengan itu, jasadku tak lagi berfungsi. Jantung sudah berhenti berdenyut. Mata sudah terkatup, ada sebuah senyuman terukir di bibir. Rasa tenang. Rasa bahagia. 

    Aku tidak tahu apa yang dia tarik keluar dari tubuhku. Tapi, rasanya tidak sakit langsung. Rasanya sungguh bahagia. Aku berjalan mundar-mandir memerhati jasadku yang dikelilingi orang ramai yang tidak henti-henti membaca tulisan Arab itu, sedang dia berada memerhatikan aku. Aku fikir dia sedang menantiku. Entah ke mana dia ingin membawaku.
.
.
.
    Di tengah keheningan malam itu, aku tersentap. Aku ingat sememangnya aku sudah tiada di muka bumi ini. Beristighfarlah. Tangan ditarik ke dada. Jantung masih meneruskan tari rentak yang sama. Aku masih bernyawa!


Belum tenteram


Bagaimana permulaannya?
Aku pun tak tahu.
Tapi, memang benar, sungguh.
Rasa belum tenteram.

Setiap kali kaki melangkah keluar, perasaan itu wujud.
Dah berhari-hari, jadi bertahun-tahun.
Rasa bersalah, tapi endah tak endah.
Itu definisi baik?
Lupakan sahaja.
Baik di mata manusia.
Dapat apa?

Rasa belum tenteram.
Masih ada ruang-ruang yang belum dilitup sempurna.
Tutup tapi nampak.
Belum sempurna.
Dibelenggu, dibuai rasa sendiri.



PS: Pohon doa agar semua dah aku menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Friday, 15 June 2012

Hilang dalam tulisan


Sumpah. Aku tak tahu.
Aku tak tahu aku hidup atau mati.
Bila sahaja aku masuk dalam tulisan.
Aku jadi buntu.
Aku jadi pekak.
Aku jadi hilang.
Hilang dalam tulisan.

Aku kalau menatap wajah Kim Hyung Joon pun tak macam ni.
Apa nak jadi?
Entahlah.
Pagi-petang-malam.
Tak tahu.





Wednesday, 13 June 2012

Bukan memilih

Tidak menjawab, bukan bermakna ego.
Tidak menyahut, bukan bermakna sombong.
Tidak membuat pilihan, bukan bermakna cerewet.

Susah.
Kalau hati terpaut pada seseorang.
Cuma seseorang.
Tak boleh paksa hati terima yang lain
Melainkan seseorang.

Sudah puas cuba buka hati
Sudah puas cuba buka minda
Biar kenal orang-orang

Tapi
Bukan mudah
Bila hati degil, tak nak dengar cakap
Bila hati masih mengharap, walau seseorang tak tahu

Aku akan pergi
Bila aku pasti
Pasti teramat pasti
Seseorang bukan untuk aku lagi

Aku pasti mampu
Mampu untuk lupa
Lupa pada seseorang
Seseorang yang aku cuba buang
Buang dalam kenangan
Kenangan datang dalam mimpi
Mimpi seseorang
Seseorang yang lama dipendam
Dipendam bukan sekejap
Sekejap itu tidak mungkin
Mungkin terlalu lama
Lama untuk aku luahkan
Luahkan rasa untuk seseorang




Dua sisi tak serupa

   
      Luahan rasa mata putih menzahirkan isi hatinya yang tersirat di balik urat-urat denyut jantung yang masih berfungsi. Dia rasa mata hitam berpaksikan hiburan semata-mata. Hiburan yang menyuap fizikal lahiriah yang sudah pasti tidak kekal abadi di dunia fana ini. Tidak salah jika setitik warna yang bukan putih dicampur dengan susu sebelanga. Tapi, kalau berlebihan, pudarlah rasa dan warna. Biar mata putih tetap dengan pendapatnya. Apa-apa yang dikata orang, terpulanglah. Pekak dalam perbuatan mendengar.

       Lihat dari sisi mata hitam. Mata putih itu tidak menarik pandangannya. Hidup hanya sekali, mana mungkin disia-siakan. Dunia itu perhiasannnya indah. Apa guna indah rupawan jika tidak pernah diguna pakai? Itu sia-sia namanya.Darah muda yang mengalir harus dituruti sebaiknya. Takkan mungkin mata putih mahu mengekorinya. Mata putih yang hanya pandang pada helaian kata berjela, perangkap diri dalam istana penjara. Pendek kata, bosan!
     
      Sudahlah, mata putih boleh selam mata hitam dan sebaliknya. Tapi, pasti cara menyelam itu tak serupa. Apa yang benar, masing-masing ada teras jitu. Jangan mudah goyah dengan angin. Tolong jadi pekak dalam mendengar.

PS:
-Setiap orang ada persepsi berbeza terhadap orang lain, tapi ingat:
    Pertemuan dengan Yang Esa itu amat pasti
    Dunia fana ini hanya ujian semata-mata, sekejap cuma


Monday, 21 May 2012

Tasbih masa


Dalam cahaya samar-samar kau meraba lantai yang kurang rata itu beberapa kali, mencari-cari tasbih masa semalam. Aku tahu, kau masih belum sempat perhati warna butiran-butiran manik yang diikat kemas itu. Tika minda galak berfikir, menconggak dan menduga mana pergi tasbih itu, jari menangkap butiran manik yang tersorok di balik tikar mengkuang yang sudah hampir lusuh rupa, sudah hampir pudar warna.

Lampu kalimantang panjang dinyala, tanda cahaya realiti diperlukan. Kusangka manik-manik tasbih masa pasti memancarkan kilauan sehebat sang intan berlian di bawah sinar terang.

Silap, kau silap.

Sangkaan kau sungguh tak benar. Harapan tasbih masa itu berkilau, hanya harapan semata. Tenung dalam-dalam. Aku ulang, tenung dalam-dalam. Lihat butiran manik tasbih. 

Manik-manik apa yang kau pilih?
Kualiti apa yang kau katakan?
Sedar ya, sila sedar.

Kau belum bijak untuk pilih manik cantik, halus mutunya dan elok rupa luaran dan dalaman. Kau ikut hati bukan? kau cantum sahaja manik kecil, besar, putih, hitam asal jadi tasbih, cukuplah.

Sudahlah, jangan kau nafikan. Aku nampak dengan mata kepala sendiri. Tak perlu pura-pura naiflah.

 Muak tahu?

Ps: Masa itu emas.
  

Monday, 7 May 2012

Badai rindu



Badai rindu datang menyapa
Meranap runtuh segenap ruang
Ruang nyata ruang maya
Sampai tinggal tanah lapang
Padang jarak padang tekukur
Perlu diisi perlu diisi
Dengan kamu, kamu, kamu dan kamu
Aku dilanda badai rindu!!

PS: Before final exam, kena balik rumah.

Pelukis jalanan itu


      Pelukis jalanan itu, matanya disepet kecil, menghalusi hasil seni yang sedang diusahakan tangannya sambil bola matanya bergilir-gilir antara potret contoh dalam genggaman kirinya. Dia khusyuk tetapi sesekali mencuri pandang pada dua gadis yang sedang tadi tidak berkelip dek teruja memerhatikan dia disebalik kaca lutsinar.

         Biarpun suasana pekat malam dihiasi lampu neon di mana-mana, musik kuat penari gedik, umpama syurga dunia yang dipenuhi pelbagai ragam manusia, dia tetap tegar dan kental, tidak mungkin rapuh. Walau susuk tubuh perempuan jadian yang mundar-mandir dihadapannya bagai telanjang dibalut kain nipis, dia tidak sesekali merasa gersang mahu menjamah mereka. Jauh sekali mahu menjadi kucing menerkam ikan di hadapan mata. Dia jelik dan merasa loya. Tapi, dia pura-pura tidak endah. Sesekali dia menempelak perilaku perempuan jadian yang sesuka hati merangkul leher mana-mana jantan keparat yang lalu di hadapan mereka. Dia mual melihat perilaku mereka yang tidak pernah kenal erti malu. Apa tidaknya, sudah dicampak kemaluan asal, diganti dengan kemaluan plastik. Jadi, apa perlu malu lagi?
          
          Aku tahu imannya kental. Saban hari, tangan ditadah memohon sepotong hajat agar tidak tercucuk jarum halus dunia. Sedang asyik dilamun cinta pada kanvas, dia tersentap tatkala sesusuk wanita tua yang kurang siuman itu datang. Hadirnya tanpa diundang, mengharu-birukan suasana tenang. Suaranya dijerit, tangan dihayun, konon-konon hebat untuk melanyak penyanyi yang dari asyik menghiburkan hati. Penyanyi bengang dan rasa darah muda mula menggelegak. Syaitan sedang galak berbisik jahat. Tapi, api amarahnya segera dijirus dengan air sabar. Kaki dihayun pada pondok telefon sebagai pengganti wanita separuh abad.

           Sedih dan sayu hati pelukis. Mungkin sahaja wanita separuh abad usianya itu gadis genit dambaan buaya darat pada pucuk usianya. Namun, semua itu hanya kenangan yang bukan dapat menjadi pemberat amal kebajikan. Melihat pada dirinya yang sedang berangan menyisir rambut di hadapan pemantul diri dan pakaian yang disingkatkan pada bahagian peha yang sudah kendur menguatkan lagi rasa percaya pada kegemilangan hidup dia di waktu muda. Sayang, sekarang dia hanya wanita tua yang kusut-masai dan serabai. Tiada lelaki mahu dijadikan suami apatah lagi anak pembela diri.

              Pelukis jalanan segera mara ke hadapan meleraikan kekusutan yang belum habis terlerai. Bukan wira yang menjadi impian, tapi biarlah ketenteraman hidup menjadi dambaan. Dia kembali ke kerusi pendek, meneruskan tari jemari setelah atmosfera kembali tenang. Pelukis jalanan, kau kuat dan kental. Aku tabik hormat, sungguh. Begitulah helaian dalam kamus kehidupan pelukis jalanan. Dia pandang jauh-jauh ke sudut jalan yang tidak bersegi. Apakah nasib bangsaku? 

Hatinya hiba, tapi apakan daya, dia hanya
pelukis jalanan.



















Saturday, 21 April 2012

Diam?



Bukan sehebat dua nama tertera.
Banyak khilafnya aku, tahu.
Tapi, ada cita-cita sebesar mereka.

Boleh?
Sebab nak simpan dia di hujung cerita. 
Terima kasih datang dalam mimpi
sambil senyum 
tak kata apa-apa.
Cukup bahagia.










Sunday, 15 April 2012

Selfish


Kau ingat kalau kau jual ikan busuk tepi jalan, ada kereta hendak berhenti, minta timbang sekilo ikan untuk beli? Walau cantik rupawan manapun rupa ikan, tapi kalau isi tak segar, jangan pernah letak harapan, jangan pernah. Bukan setakat nak singgah, nak lalu sebelah pun tak lalu.

Kau ingat kau boleh hidup kalau jual ikan busuk? Orang tak suka, langsung. Kau simpan ikan segar-bugar untuk diri sendiri, tapi kau bagi ikan busuk dengan tangan kanan. Konon-konon beradab apabila beri guna tangan kanan. Tapi, kau jangan ingat aku tak tahu menilai kualiti ikan. 
Kau silap, silap besar. 

Diam bukan makna aku bisu, aku cuma membatu sebab aku tahu kau tak mahu buka hati terima kata-kata aku.  

Saturday, 7 April 2012

Pejam malam




Maka terjelopoklah aku ke dalam dunia tanpa sempadan. Figura-figura dua manusia bukan perempuan yang semestinya aku kenal tidak statik di ruang tamu.

Plot kasar: (Ini cerita klise tapi apa aku peduli)


Figura satu yang bukan perempuan duduk mengadap figura tidak bernombor yang bukan lelaki. Asyik berceloteh, sampai nampak senyum simpul belah kiri. Entah sedar atau tidak figura tidak bernombor tentang perihal kerlingan mata figura dua. Ada rasa yang kurang enak, kesian dia. Bukan maksud figura tidak bernombor     untuk pekakkan telinga, butakan mata yang terang-terang masih baik fungsinya. Salahkan rasa setebal kamus Dewan Bahasa dan Pustaka yang halang tindak balas. Bukan sekadar tindak balas satu saat, tindak balas sebelum separuh mata berkelip pun tak berhasil. Malu siot! Akhir cerita, figura dua pendam rasa kurang enak. Rasa tak sedap yang beri pada hujung lidahpun, belum tentu pasti pahit atau tawar. 

Aku bangkit dari lena malam, wuduk guna air sejuk, solat Subuh dua rakaat.

Sekian.  

Tuesday, 3 April 2012

Bukan sekali


Kau tahu sesuatu?
Aku tak perlu potret kamu untuk kau masuk ke dalam mimpiku
Aku tak perlu suara kamu untuk aku berangan sehari panjang
Aku tak perlu jumpa kamu untuk aku senyum sampai telinga
Aku tak perlu jumpa jasad kamu di depan mata
Aku tak perlu puji kamu untuk bersajak puitis

Kenapa?
Aku sendiri bingung dan buntu
Bukan sekali
Bukan dua kali
Tapi berkali-kali
Aku pergi konon tak kembali
Aku lari konon tak endah
Penat yang panjang
Lelah yang gelabah
Entah, entah, entah

Sebab
Aku cuba buang kamu
Aku cuba campak kamu
Dari potret hati, dari gambar minda
Bukan sekali
Bukan dua kali
Tapi berkali-kali

Aku tepuk tangan pada diri
Walau berpijak pada mimpi yang tak pasti
Aku mampu simpan kamu dalam hati
Bukan sekali
Bukan dua kali
Tapi berkali-kali

PS: Untuk kamu yang aku simpan dalam-dalam walau masa berkata belum sampai satu dekad. Satu kau hantar padaku, kau pasti tak sangka berapa yang aku balas padamu. Tak perlu kata apa-apa atau teka apa-apa. Bukan aku penat, tapi kadang-kadang hati juga ingin bersuara. Aku sudah hilang fokus tahap maksima. Doakan aku tabah. Kerana itu aku melakar kata.

Thursday, 22 March 2012

Pergi: Harapan ke syurga


Aku sudah berjanji pada diri sendiri, aku akan pergi. Pergi jauh-jauh sampai terkapai di awan biru yang aku tak pasti berapa tinggi langit tujuh lapisan nipis, tebal yang tidak ku tahu.
Itu asal usul permulaan yang pasti walau pengakhiran belum nyata.
Aku sedang berusaha walau tangan parah digilis lori 3 tan.
Mampukah?

Friday, 16 March 2012

Tidur

   
Baru aku rasa kepuasan nikmat tidur. Betul-betul rasa selepas 21 tahun hidup di muka bumi ini. Rasa nikmat tidur yang betul-betul nyenyak sampai rasa tak mahu jamah makanan, sampai rasa dunia luar hanya ilusi mimpi, komunikasi dengan manusia sia-sia. Tidur juga paling utanma.


Kenapa?

Sebab dua hari aku tak dapat tidur cukup. Hari pertama, tidur pukul 3 pagi lebih, dekat-dekat pukul 4. Konon-konon boleh hidup, esok qada'. Hampeh. Kerja tangguh memang gempak. Esok tidur lepas subuh. Kelas dari pukul 9am sampai 6.30 pm. Memang seronoklah. Ini baru aku rasa, makan tak kenyang, mandi tak basah. Aku rasa macam berada dalam kayangan. Air mandi sampai ke rambut pun rasa tak basah. Punyelah high.

Selalunya, tatkala kepala menghempas bantal sebab letih, minda masih putar-putar cari arah sampai mimpi macam-macam. Letih dalam perjalanan mimpi aku sahaja yang tahu. Susur jalan berliku, cincang ular nipis-nipis. Cuak. Sungguh cuak.

Biarkan sahaja yang telah berlalu. Katil macam sayup-sayup panggil aku. Tak cukup tidur lagi.
Lelap tanpa mimpi. Harapan yang belum pasti.
Adios. 


Cute letter

Comel je. No motif. Just found it somewhere :)

Saturday, 10 March 2012

A woman's du'a for her future husband ♥

O Allah! Please grant me the one
Who will be the garment for my soul
Who will satisfy half of my deen
... And in doing so make me whole

Make him righteous and on your path
In all he'll do and say
And sprinkle water on me at Fajr
Reminding me to pray

May he earn from halal sources
And spend within his means
May he seek Allah's guidance always
To fulfill all his dreams

May he always refer to Qur'an
and the Sunnah as his moral guide
May he thank and appreciate Allah
For the woman at his side

May he be conscious of his anger
And often fast and pray
Be charitable and sensitive
In every possible way

May he honor and protect me
And guide me in this life
And please Allah! Make me worthy
to be his loving wife

And finally, O Allah!
Make him abundant in love and laughter
In taqwa and sincerity
In striving for the hereafter!

May Allah grant all the Muslim sisters with such husbands... Ameen ya rab! :) ♥



credit to: Facebook

Sayup-sayup

          Sayup-sayup telinga menangkap bunyi merdu suara sang cengkerik yang sahut-bersahutan di balik suara dari corong radio Hot Fm 30. Hari ini, minda buntu, macam ada tersumbat sesuatu. Entahlah. Padahal kerja menggunung tapi, entahlah. Aku pun bingung dengan diri sendiri. Jasad ada di sini tapi rohani?? Entah mana-mana entah Kak Rohani ni pergi jalan-jalan. Dah la jalan sorang-sorang. Sampai hati tak bawa Jasad, sentap tau.

Sila abaikan entri monolog mengarut ini.
 Ada dua kotak cornflakes untuk hari-hari yang mendatang, bersyukur..

Friday, 2 March 2012

Hope

الإِنْسَانُ لاَ يَخْـلُو عَنِ الخَطَاءِ وَالنِّـسْيَانِ
Manusia itu tidak sunyi daripada membuat kesalahan dan lupa. (Hadith)

Oh Allah, separate me from my sins as You have separated the East from the West...

For sure, He never forget me
Never let me walk alone
  He is very close to me
Too close

 "It was We who created man, and We know what dark suggestions his souls makes to him: for We are nearer to him than (his) jugular vein"(Qaaf:16)

He always remind me when I forget
Enlighten me when I'm in darkness full of terror
When I stuck in black parade that engulfs me horribly

I'm scared like a little infant needs immediate aid
I have no one to hold on
I have no one to protect me
I shed a bloody tears
Nobody lend their hands
I'm scared...
I'm scared...


"And He found you lost, and guided [you]" (Ad-Dhuhaa:7)

He speaks to me through His words
Gives me lullaby as my sleep medicine
His bounties spread throughout the world
Shield His beloved from the disaster

I never qualified  to read Your kalam
I never qualified to hear Your ayah
I never qualified to see Your signs
because I know who I am
I am a sinner most abominable.

Never despair my dear self,

He misses your pleads in the darkness of the night
Under the dim light of the moon
Behind the veil of the city
Because you are far
Far away from Him

He wants you back
Hints after hints were given
Why can't you understand, my heart?


Never lose your hope, even once
Even when you feel the sins have reached the end of the sky though

"Say: O My servants who exceeded the limits of their own, do not despair of Allah's mercy. Verily, Allah forgives all sins. Verily He is Oft-Forgiving, Most Merciful." (Surah Az-Zumar: 53)


Now I understand
Why He gives me chances to live until now
To repair my broken-heart inside
To replenish the moisture of  iman
To wash away sins with ice and water and frost

I still have Allah

Wednesday, 22 February 2012

MAWADDAH BANTULAH AKU


MAWADDAH BANTULAH AKU MELAWAN NAFSU LYRICS


Telah aku lawan nafsuku setiap waktu
Ku cuba berkali-kali, ku gagal lagi
Aku tak putus asa, ku lawan lagi
Namun aku tak mampu, ku kalah jua

Oh Tuhan, bantulah aku mudahkan aku
Melawan nafsu ini yang merosakkanku
Agar aku tak terhalang untuk menuju-Mu
Tolonglah aku Tuhan, Kasihanilah aku jangan Engkau biarkan aku

Tuhan, bantulah aku
Kasihani aku jangan biarkanku bantulah aku selalu
Aku tak putus asa
Oh ku tetap berjuang dengan mengharap bantuan dari-Mu

Kalaulah Engkau terus membiarkanku
Ku akan berterusan ke lembah dosa
Oh Tuhan, nafsu dan syaitan sering mengganggu aku
Setiap hari ia memusuhi ku ketika ku ingin mentaati-Mu

Jangan biarkan aku keseorangan
Menghadapi syaitan dan nafsuku
Aku ingin mentaati-Mu, ku ingin redha-Mu
Kalau Engkau biarkan aku
Ku akan kecewa nanti

Tuhan, ku akan mencuba lagi
Melawan nafsu dengan bantuan-Mu
Dan rahmat-Mu Tuhan

Di dalam sembahyang ini kuharapkan-Mu
Berikan padaku cinta dan takutkan-Mu
Sebagai pengawalku dari nafsuku
Bukankah itu janji-Mu kepada hamba-Mu

Oh Tuhan, bantulah aku menghayati sembahyangku
Agar ku dapat merasakan kebesaran-Mu
Hingga aku tak membesarkan selain-Mu
Dengan rasa itu kuharap
Moga ku kan dapat melawan syaitan dan tipuan nafsuku

Tuhan, dalam sembahyangku
Bersihkan jiwaku, lemahkan nafsuku, selamatkanlah diriku
Suburkan rasa kehambaan
Dan kekalkan rasa itu di dalam seluruh kehidupanku 

Saturday, 18 February 2012

Rasa yang menggila

Mana mungkin mata terpejam rapat
Lena dibuai mimpi indah
Bertemankan sang rembulan purnama
Bersaksikan kicauan burung yang sayup-sayup kedengaran
Sedang kocakan tasik dalam jiwa
Tidak pernah tenang
Umpama dibaling dengan kerikil kecil
Terus-menerus, tanpa henti

Tasik yang tak pernah berhenti berkocak
Diselebungi jelaga yang makin menebal
Aku tahu
Aku dapat rasa
Tanpa sentuhan tangan mahupun santapan mata

Justeru
Aku sungguh resah dan gelisah
Tanpa tetapan yang tepat
Aku belum jumpa titik keseimbangan
Antara dua belah pembahagi yang sama rata
Sekejap-sekejap terjungkit ke sebelah kanan
Sekejap-sekejap terjungkit ke sebelah kiri

Jeritan batin yang hanya didengari akal
Buat aku hampir putus asa
Mahu sahaja dibiarkan kapal belayar
Tanpa arah tuju berpandukan kompas.

Sakitnya rasa, hanya jiwa yang tahu
Rasa yang menggila tapi dungu

Mahu sahaja cabut akar dari tanah
Biar tak pernah berputik pucuk muda
Ganas meracun apabila debunga mendarat ke tanah
Biar pupus generasi mendatang

Tapi sudah namanya irama dan lagu
Racun, asid, ubat, bomoh
Namakan apa sahaja
Itu sememangnya mustahil

Bagi sahaja racun pengawal
Agar tak terus melata
Bagi sahaja benih baru
Agar tumbuh pohon baru

Thursday, 2 February 2012

Panahan yang tersasar 0.1

Halakan panahan busur agar tepat pada sasaran.
Sebelah mata sudah ditutup, pejam erat-erat seketika.
Tangan sudah bergegar, tali busur sudah ditarik pada tahap semaksimum mungkin.
Fokus pada sasaran agar kau mampu sasarkan hala tuju pada titik tengah papan panahan.
Sudah cuba mengerah keringat, manik-manik peluh sudah turun dari muka ke batang leher, penat dan letih.
Anak panah dilepaskan setelah benar-benar yakin.
Anak panah bergerak membelah angin, melawan arus sepantas kilat.
Degupan jantung yang tak sampai satu degupan pun sudah cukup.
Cukup untuk melihat ketibaan anak panah.


Mungkin,
kaulah orang yang paling bahagia dan lega apabila sasaran mengenai titik tuju seratus peratus.
Tapi, jika tersasar walau 0.1 pun, jangan pernah berduka tapi terus mara. 
Sebab itulah anak panah bukan satu yang tersedia, tapi sekurang-kurangnya enam asakan peluang.




Apa rasionalnya di sebalik enam anak panah yang diberi?
Mengapa bukan hanya satu sahaja?
Bijak merungkai persoalan minda mengetemukan satu jawapan.


Satu itu kalau berjaya, nasib badan yang sungguh baik.
Dua itu kalau berjaya, engkau memang berbakat.
Tiga itu kalau berjaya,engkau masih ada tiga percubaan untuk tepat.
Empat itu kalau berjaya, engkau ketemu tiga kegagalan sebelum hebat.
Lima itu kalau berjaya, engkau belajar tabah sebelum kuat.
Enam itu kalau berjaya, usaha sudah diberkati. 


Tapi, kalau keenam-enam percubaan tidak membuahkan hasil,
Jangan pernah menyalahkan anak panah.
Mungkin, tangan yang pegang busur panahan masih belum kuat. 
Mungkin, jari-jemari masih lemah untuk melepaskan panahan busur pada kelajuan yang engkau kehendaki. 
Bagaimana mungkin anak panah mampu membelah angin jika kekuatan tangan sekadar mampu mencubit lembut roti Gardenia?


Andai,
suatu masa,
 kau mampu mencapai titik sasaran tanpa sebarang latihan,
 kukira itu nasib baikmu sahaja.


Titik sasaran tidak pernah berganjak. Dia tetap di tengah-tengah papan berbentuk bulat. Kekuatan tangan dan daya fokus sahaja yang berubah-ubah.

Monday, 30 January 2012

Menyanyi-Dulu dan sekarang

I like to sing very much. Betul. Ingat lagi, waktu Tadika Kemas, Cikgu Adawiah tanya "Siapa nak cuba nyanyi line ni?". Entah dari mana dapat kekuatan, terus je, saye angkat tangan. Tup tup Cikgu Adawiah pilih pulak jadi ketua boria. Tengok tu.. Selamber je en?? Ntah la, saye ni mmg suke betul pentas. Suke buat performance atas pentas.. Nervous tu memang la ade, tapi suke.   
Itulah saya, yang pakai samping hitam. 

Teringat pulak, zaman kecik-kecik suke betul lagu kumpulan Feminine. Tak tahu tajuk ape, tapi macam ni lah bunyi lagu tu, "Kita bersama mengejar mimpi, suatu hari nanti, cinta kita bersemi...".. Setiap kali dengar lagu ni, mesti cepat-cepat pergi ambil sikat dalam bilik dan buat jadi microphone. Waktu tu, saye dalam umur 4 tahun, duduk kat AU4 Keramat. Memang bestla, kecik-kecik nak nyanyi takde sape marah kan??

Pastu teringat pulak zaman SBPIT, Form 2, selamber je tengah2 prep duk nyanyi. Sebenarnye, unconscious. Sebab memang da suka nyanyi. So, sebenarnye ter aka. tak sengaja. Tapi, bile dah ade orang sedar, buat dek, je la. Tak sedap korang tutup telinga ye? :)

Sekarang ni, jadi penyanyi utama dalam bilik air je la. But still, I love to sing. Bukan ape, boleh hilangkan stress. Setiap kali kalau dengar lagu Move Like Jagger, On The Floor, Jai Ho, automatik rase macam nak menari, sebab lagu-lagu ni semua rancak.

Tapi, saye masih ingat, sebenarnye memang ade time tu minat gile kat lagu Rossa-Ayat-ayat Cinta. Even sampai sekarang pun. kalau dengar lagu Rossa, memang nyanyi sekali. Same goes to lagu Selena Gomez. 

Sekarang ni, kalau dah penat-penat buat assignment, saye n Cik Tweety karaoke dalam bilik je la. Pasang lagu best, macam lagu Techno, dance songs from You Tube, nyanyi macam best. Haha. Kesian roommates sebelah. Maapla, kami tengah stress time tu. So, that's all from me. 

Jangan la pelik pulak kalau tengok saye nyanyi dengan tibe-tibe. It is a part of me, okay :)

Friday, 27 January 2012

Rainbow Qur'an

I think this Qur'an is awesome and pretty. Check this out:

 Cantik kan? Rasanya tak jumpa lagi kat Malaysia, ini keluaran Indonesia. Kalau siapa-siapa jumpa, bagitahu ye. :) Thanks.

Teringat pada pelangi and ice-cream Paddle-Pop.

Ombak Rindu :

Ini barulah Ombak Rindu yang sebenar, yang menginsafkan, yang menyejukkan hati. Sungguh, harap lagu ini mampu menjadi pengganti diri.. Umur yang makin menginjak, dosa-dosa yang dikumpul pun makin banyak. Tapi, harap-harap kita semua meninggalkan dunia, menutup mata dalam tingkat iman paling tinggi. Jangan pernah berputus asa mengharapkan cinta Dia. Dia tidak akan menolak cinta kita, kalau bersungguh-sungguh. Walau setinggi langit pun dosa, berdoalah banyak-banyak, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Tapi, kalau buat kebaikan sebanyak-banyak pasir yang bertaburan di pantai, tapi niat untuk menunjuk-nunjuk, apa guna. Semoga hari ini, Jumaat, 27 Januari menjadi hari yang berkat untuk semua. Sama-sama doakan kita semua menjadi lebih baik dari hari-hari lepas.

PS: Gembira-gembira juga, tapi berpada-pada ya :) 

Sunday, 22 January 2012

Lost in Wonderland

If you asked me what I am doing right now, definitely I will answer “I am drinking elixir of life” without any lugubrious feeling, no doubt. Overtaken by joy, ordinary life seems so much precious and wonderful to me. Time is wisely spent by helping Mummy, reading, watching movies, mingling with family and pet sisters-referring to kids my Mummy babysits: Lia, Dina, Tirah, Nurin, Iffah and Pipah, doing house chores, listening to music and etc. I feel like to freeze the moment, let the moment circling around here. If not, I wish to buy a time machine to rewind every second when I feel hopeless and burry by unfinished workload. I also miss the sweet smell of baking cookies and cakes. But, I don’t have any chances to bake yet. Once, I told my Mummy that I really like to bake (even though I am not good enough in baking, I admit it), but she convinced me to focus on learning how to cook “lauk-pauk”. I told her, I actually know the basic things to cook, but the problem here, is I always, I repeat, I always forget if I don’t practice. Poor me :(.

So, turn into a new leaf, I have two or three recipe books to copy. Actually, I have half done copied the recipe in the lap top and hooray, I save it in my pen drive. Unfortunately, the pen drive was infected with viruses from Waqeq Shop at UIA and naah, I tired already to rewrite it once again. I will write it back during this break, but, when I gather all my spirit back, yeah. Do pray for me so I will finish copying all the recipes and successfully print it. GTG, have another cup of sweetness to drink

Sunday, 1 January 2012

I love you so much


Semakin menginjak usia, semakin rasa takut. Takut kehilangan kamu berdua, bukan pada pandangan mata tapi pada pandangan jiwa. Masih belum cukup lagi berbakti kepada kedua kekasih hati ini. Abah dan Mummy pelengkap hidupku. Takkan mampu kucari manusia sehebat ini. Sungguh. Maafkan anakanda ini kalau banyak buat salah. Maafkan anakanda ini kalau selalu tidak menurut kata. Moga-moga anakanda ini mampu menjadi yang baik buat kekasih hati.

You are always in my heart and in my do'a. I really appreciate your unconditional love towards us-Along, Epi and Daniel. I am not sure either I can pay back all your sacrifice for me. But, I swear, I try to be your best despite all my flaws. You are the only reason I survive in this world. You are my strength when I go weak, you are my light when it goes dark, you are everything for me. Thank you, my backbones, inner strength, outer shield. No words can describe my  love. No single word. Trust me.