Monday, 19 December 2011

Boleh ke?

Seribu satu soalan sentiasa bermain, berlegar-legar di ruang minda. Memikirkan masa hadapan, terkenangkan kisah silam. Aku kadang-kadang penat dengan diri sendiri yang selalu berfikir pada benda yang tak perlu mungkin. Entah, aku sendiri keliru.

Aku terbang merentas masa, melawan arus.
Aku bertanya pada hati.

"Boleh ke kita memandang enteng pada orang yang kita tahu tentang dirinya-sama ada latar itu hitam atau putih? Siapa kita untuk menghakimi orang? Bukannya telah tercatat keputusan muktamad sama ada orang itu baik atau jahat. Bagaimana dengan diri sendiri? Sudah betul-betul layak digelar solehah, baik atau apa-apa kata seangkatan dengannya?"

Tepuk dada, tanya diri.

Kalau hati belum yakin, maksudnya masih banyak ruang yang perlu dibaiki, perlu diselenggara. Jangan pernah merasa diri itu lebih baik dari orang lain kerana itu mungkin sahaja bisikan syaitan yang sedang galak cuba mencucuk jarum ke dalam hati agar diri sendiri menjadi riak. 

Ya, riak.
Itu dosa. 

Banyakkan beristighfar dan teruskan usaha membaiki diri. Jika hati inginkan kasih sayang Rabb, usaha sungguh-sungguh, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Aku tahu aku bukan siapa-siapa. 
Aku hanya insan yang belajar sedikit-sedikit dari perjalan hidup ini dan insan lain agar menjadi lebih baik dari semalam.
Amin.

No comments:

Post a Comment