Monday, 19 December 2011

Boleh ke?

Seribu satu soalan sentiasa bermain, berlegar-legar di ruang minda. Memikirkan masa hadapan, terkenangkan kisah silam. Aku kadang-kadang penat dengan diri sendiri yang selalu berfikir pada benda yang tak perlu mungkin. Entah, aku sendiri keliru.

Aku terbang merentas masa, melawan arus.
Aku bertanya pada hati.

"Boleh ke kita memandang enteng pada orang yang kita tahu tentang dirinya-sama ada latar itu hitam atau putih? Siapa kita untuk menghakimi orang? Bukannya telah tercatat keputusan muktamad sama ada orang itu baik atau jahat. Bagaimana dengan diri sendiri? Sudah betul-betul layak digelar solehah, baik atau apa-apa kata seangkatan dengannya?"

Tepuk dada, tanya diri.

Kalau hati belum yakin, maksudnya masih banyak ruang yang perlu dibaiki, perlu diselenggara. Jangan pernah merasa diri itu lebih baik dari orang lain kerana itu mungkin sahaja bisikan syaitan yang sedang galak cuba mencucuk jarum ke dalam hati agar diri sendiri menjadi riak. 

Ya, riak.
Itu dosa. 

Banyakkan beristighfar dan teruskan usaha membaiki diri. Jika hati inginkan kasih sayang Rabb, usaha sungguh-sungguh, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Aku tahu aku bukan siapa-siapa. 
Aku hanya insan yang belajar sedikit-sedikit dari perjalan hidup ini dan insan lain agar menjadi lebih baik dari semalam.
Amin.

Merungut

Hati mana yang tak pernah berkeluh-kesah jika setiap hari melaksanakan rutin yang sama.

Aku akui, aku turut berkeluh-kesah.

Tapi,...
pernahkah kita terfikir penat-lelah ibu yang selama ini melaksanakan tugas sebagai suri rumah tanpa keluh-kesah?

Tidak terfikir bukan?

Jadi, hentikan merungut dan ingatlah pada ibu serikandi syurga dunia dan akhirat Insya Allah.

PS: TQ Mummy for being the best Mom in the world. Di mana lagi mahu kucari suri rumah yang terbaik, tercantik, terpesona dalam dunia ini? I love you so much <3

Tuesday, 13 December 2011

Ya Karim

Ya Karim,
Jangan Kau benarkan aku jatuh hati pada hambaMu
seandainya aku belum mampu mencintai Kau dengan setulus hati
Jangan Kau ganti kasih aku yang tak cukup lagi dengan kasih pada yang lain
sebab aku banyak salah, sebab aku tak layak
berbicara secara terus padaMu

tapi siapalah Aku
untuk pergi jauh-jauh
untuk berpaling dariMu


Ya Karim
Jangan Kau tutup pintu taubatMu pada aku
Jagan Kau biar aku jatuh dan jauh
Jangan Kau biar aku lepas dari memohon cinta Kau

Aku tiada siapa-siapa tanpa Kau
Aku tiada siapa-siapa tanpa Kau
Aku tiada siapa-siapa tanpa Kau
Aku ini kerdil dan
Apalah aku di sisi Mu

Ya Karim
Sekatlah seluruh rasa ini pada yang lain
Tapi jangan pernah lagi Kau biar aku leka dan alpa
Kerana aku tak mampu
Sungguh tak mampu
Tanpa Kau
Menemani langkah ini.

Thursday, 8 December 2011

Kosong

Aku termenung berfikir dalam-dalam
Tapi aku tak tahu apa yang bermain dalam benak ini
Hati mati?
Jiwa kosong?
Atau aku tak keruan?

Kosong
Aku tak tahu apa jawapannya
Aku masih terkebil-kebil
Mencari warna kosong
Tapi
Masih tak jumpa

Kosong
Bukan nama yang diberi jika kau masih
Dapat lihat warna putih
Tanpa titik

Kosong
Aku tak tahu apa, mengapa
Kau jadi kosong