Sunday, 13 November 2011

Kecewa yang bermakna

Selepas itu, aku berazam untuk tutup pintu rapat-rapat dan sendal pintu besar menggunakan batu-bata. Akan kususun batu-bata tinggi-tinggi. Jangan risau, ruang-ruang kosong akan kututup menggunakan renyukan kertas putih biar tak tersingkap sebarang cahaya daripada teratak ini. Akan kubuka pintu teratak ini jika insan yang ketuk pintu itu datang pada waktu yang sesuai. Mula-mula api kemarahan memang wujud, membuak-buak macam boleh jilat semua benda depan mata. 


Tapi, rasionalnya tetap kunjung tiba selepas itu dan aku fikir ini jalan terbaik.


Oh, sudah lambat rupanya. Jangan buang masa lagi. Bangkit dari lamunan panjang.

2 comments:

  1. salam kenal. -Asy Faro.
    setiap kali menulis entry d blog, aku target nak menceriakan dan mencuit hati sesiapa saja yang membaca. Jadi nak ajak kau usha blog aku untuk mengetahui kritikan dan pendapat terhadap penulisan aku. be my follower is an extra bonus for me (if n only if u find my blog interesting) =D

    ReplyDelete
  2. Salam.Sudah. Aku dah follow pun blog kau. Interesting point of view. Keep on writing. :D

    ReplyDelete