Thursday, 18 August 2011

Dugaan


Pertemuan dua pihak di atas papan catur yang bukan berwarna hitam dan putih menyaksikan kesengitan yang nyata tiada sempadan. Gerak langkah yang singkat tapi tepat harus dikerah agar kau mampu mengalahkannya. Ya, kau harus pintar membaca fikirannya sebelum dia memulakan langkah.


Di sini, tiada perkataan “SERI” atau mengalah.


Hanya wujud siapa menang dan siapa kalah.
Askar mana yang harus berjalan dahulu, itu sukar untuk kau tentukan. Kadang-kadang, kau mengambil masa yang bukan sekejap untuk mencipta strategi bijak. Boleh jadi sahaja pihak lawan mampu membaca fikiranmu dan kau jadi kaku. Ini bukan perlawanan catur biasa. Percaturan hidup yang tersusun bukan mudah. Dia cilik dan kau juga licik.
Tiada manusia yang mampu menyaksikan kehebatan kamu berentap.

Hanya kamu dan dia yang menjadi penonton setia. Perlawanan yang tiada hadnya kadang-kadang membuatkan kau letih, penat dan mengalah. Tapi, mahukah kau dianggap pengecut untuk mengalah? Tidak bukan? Kadang-kadang kau terjelopok dalam dunia fantasimu dek berfikir jauh tentang gerak langkah pihak lawan.

Dia bijak memainkan peranan untuk mengaburi mata kau.
Dia bijak menyelimuti niatnya dengan kain tiada warna.
Dia bijak mencipta muslihatmu menerusi dirinya sendiri.


Waspada. Aku bimbang dia sedang cuba mengalahkanmu, sedang kau sedang leka. Kau tiada alasan untuk kalah kerana dia mempunyai kelebihan setaraf denganmu. Hati-hati menyusun langkah, jangan leka dan hanyut di dalam dunia khayalan, jika tidak



“CHECKMATE”.


Kau kalah dan dia senyum sinis.

2 comments:

  1. kalau sy wat literature review, i would think that u'r talking about time that we always fighting with in order to attain success in this real,challenging life. but, somehow tu just my opinion and u'r very good at writing,dear.i'm really impress.. congrats. :)

    ReplyDelete
  2. tenkiu for your comment. Actually not. It is all about my fight with my feelings. Saya mmg saje buat benda tulisan saya dengan deep, so sape2 boleh interpret based on masalah yang dorg hadapi sendiri. Btw, thanx taw. Pengkomen setia :)

    ReplyDelete