Wednesday, 13 July 2011

Leka

Otak berputar-ligat berfikir susunan aktiviti terancang tanpa dicatat pada helaian kertas bergaris biru umpama monolog dalaman yang difahami oleh diri sendiri dan terkatup rapat dalam kotak yang tidak ku tahu warnanya. Berjalan mundar-mandir memikirkan perkara di dalam kotak yang tidak tersusun di atas rak imaginasi sehingga terleka sebentar kepada perkara yang sedang dilaksanakan. Cepat-cepat membuka Muka Buku kononnya mahu melihat input terbaru tapi hanyut di bawa arus keriangan yang entah apa definisinya. Kosong. Tidak bermakna. Kelakar sungguh Muka Buku itu membuatkan kotak yang tadi tidak tersusun tapi masih boleh dicari hilang sepantas kau membuka Muka Buku. Leka dan terus leka. Satu per satu helaian itu diselak, entah apa yang kau cari. Kembali terkenangkan kotak itu namun sudah terlambat. Arus sungai telah menelannya bersama sang masa yang tidak pernah sabar menunggu. Renanglah arus sungai itu, mustahil kau dapat mencarinya walau seribu kudrat telah kau guna.

2 comments:

  1. i wonder, kotak ape yg awak cari dan apa isi kandungannya..
    one more thing,wpun bosan mghadap FB tp still terlalai jgak kn.
    *in my opinion la..

    ReplyDelete
  2. haha... blog ni saje nak guna bm.. bahasa kiasan..ini ruang untuk guna bm..haha..rindu plak sejak dah guna bi selalu (haha..mengada)

    ReplyDelete