Wednesday, 6 July 2011

Keserabutan yang melanda

Gabungan perasaan gembira, keliru yang menolak kesedihan masih belum kuat untuk membinasakan kepenatan yang jelas di dalam spiritual tanpa terpancar pada fizikal menjadikan aku insan yang biasa di sini. Kesemuanya bersimpang siur umpama badai semalam baru melanda meranapkan sebuah bandar yang bukan calang-calang ukur lilit kilo meter persegi.

Aku tidak marah andai tiada siapa yang memahami kata-kata yang tercatat pada skrin komputer kalian kerana bukan maksudku untuk difahami, aku cuma mahu didengari. Biar tiada manusia yang boleh menaakul, biar tiada  haiwan yang boleh mengetahui bahasa manusia yang terdiri daripada bait-bait kata yang dijalin kemas dalam gabungan ayat yang bernoktah, biar aku sendiri yang tahu. Aku brlum pernah lelah memandu di jalan yang aku belum tahu penghujungnya, kerana aku gembira bertemu pelbagai insan di setiap persinggahanku.

Terima kasih semua yang pernah sudi menjemputku singgah di teratak kalian walau cuma seketika.



3 comments:

  1. omg! awesome:)

    berpinar lihat.
    jiwa ligat.
    namun baitku likat.

    *nantok. omg!

    ReplyDelete
  2. i'm amazed..u'r such a talented girl la, mya. :D

    ReplyDelete
  3. Aish.. bukan niat hati mahu menunjuk ye.. Saje kat sini nak guna BM.. Kalu slalu kan writing academic in English.. xnak kehilangan bahasa.. Language lost is so much scare.. btw, thank all

    ReplyDelete