Monday, 25 July 2011

Bersyukur

Mulut bising membicarakan semua yang serba daif di sini sana kerana mengikut langkah kaki yang mungkin infiniti langkahnya. Infiniti yang hanya berakhir apabila kubur sudah digali. Mandi dan kapan yang sudah membaluti sekujur jasad yang dahulu kau sangat bangga dengan kehebatan bukan semua manusia dapat dicapai. Kau tercampak ke dunia lain yang serba tidak kena pada pandanganmu. Saat itu, kau rasa dunia yang kau punya sebelum ini lebih baik dan kau meraup muka dengan kedua belah tanganmu, melindungi juraian air mata yang jatuh ke bumi. Baru tahu tinggi rendah langit yang membiru, kecil besar ruang berlindung, tinggi rendah bangunan terpacak. Makhluk lain sibuk mengkhabarkan tanaman apa yang perlu kau tanam pada tanah semaianmu, namun benar perlu kau turuti mereka? Bukankah kau lebih tahu baja apa yang sesuai pada tanah kau? Kerana itu, akal terletak di paras yang teratas, bukan sembarangan tapi ada makna yang perlu kau ta'kul. Adakah kerana terikat dengan aksara "DEWASA" membuatkan kau alpa dengan segalanya sehingga semua anggota tidak perlu sujud menghadap Dia? Ingat semuanya kekal belaka? Rugilah semua yang tidak merafakkan penghargaan yang bukan lama dipinta. Buat aku, kamu dan semua. Sudahkah kita bersyukur? Tanda tanya yang sendiri ada jawabnya.

No comments:

Post a Comment