Monday, 19 December 2011

Boleh ke?

Seribu satu soalan sentiasa bermain, berlegar-legar di ruang minda. Memikirkan masa hadapan, terkenangkan kisah silam. Aku kadang-kadang penat dengan diri sendiri yang selalu berfikir pada benda yang tak perlu mungkin. Entah, aku sendiri keliru.

Aku terbang merentas masa, melawan arus.
Aku bertanya pada hati.

"Boleh ke kita memandang enteng pada orang yang kita tahu tentang dirinya-sama ada latar itu hitam atau putih? Siapa kita untuk menghakimi orang? Bukannya telah tercatat keputusan muktamad sama ada orang itu baik atau jahat. Bagaimana dengan diri sendiri? Sudah betul-betul layak digelar solehah, baik atau apa-apa kata seangkatan dengannya?"

Tepuk dada, tanya diri.

Kalau hati belum yakin, maksudnya masih banyak ruang yang perlu dibaiki, perlu diselenggara. Jangan pernah merasa diri itu lebih baik dari orang lain kerana itu mungkin sahaja bisikan syaitan yang sedang galak cuba mencucuk jarum ke dalam hati agar diri sendiri menjadi riak. 

Ya, riak.
Itu dosa. 

Banyakkan beristighfar dan teruskan usaha membaiki diri. Jika hati inginkan kasih sayang Rabb, usaha sungguh-sungguh, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Aku tahu aku bukan siapa-siapa. 
Aku hanya insan yang belajar sedikit-sedikit dari perjalan hidup ini dan insan lain agar menjadi lebih baik dari semalam.
Amin.

Merungut

Hati mana yang tak pernah berkeluh-kesah jika setiap hari melaksanakan rutin yang sama.

Aku akui, aku turut berkeluh-kesah.

Tapi,...
pernahkah kita terfikir penat-lelah ibu yang selama ini melaksanakan tugas sebagai suri rumah tanpa keluh-kesah?

Tidak terfikir bukan?

Jadi, hentikan merungut dan ingatlah pada ibu serikandi syurga dunia dan akhirat Insya Allah.

PS: TQ Mummy for being the best Mom in the world. Di mana lagi mahu kucari suri rumah yang terbaik, tercantik, terpesona dalam dunia ini? I love you so much <3

Tuesday, 13 December 2011

Ya Karim

Ya Karim,
Jangan Kau benarkan aku jatuh hati pada hambaMu
seandainya aku belum mampu mencintai Kau dengan setulus hati
Jangan Kau ganti kasih aku yang tak cukup lagi dengan kasih pada yang lain
sebab aku banyak salah, sebab aku tak layak
berbicara secara terus padaMu

tapi siapalah Aku
untuk pergi jauh-jauh
untuk berpaling dariMu


Ya Karim
Jangan Kau tutup pintu taubatMu pada aku
Jagan Kau biar aku jatuh dan jauh
Jangan Kau biar aku lepas dari memohon cinta Kau

Aku tiada siapa-siapa tanpa Kau
Aku tiada siapa-siapa tanpa Kau
Aku tiada siapa-siapa tanpa Kau
Aku ini kerdil dan
Apalah aku di sisi Mu

Ya Karim
Sekatlah seluruh rasa ini pada yang lain
Tapi jangan pernah lagi Kau biar aku leka dan alpa
Kerana aku tak mampu
Sungguh tak mampu
Tanpa Kau
Menemani langkah ini.

Thursday, 8 December 2011

Kosong

Aku termenung berfikir dalam-dalam
Tapi aku tak tahu apa yang bermain dalam benak ini
Hati mati?
Jiwa kosong?
Atau aku tak keruan?

Kosong
Aku tak tahu apa jawapannya
Aku masih terkebil-kebil
Mencari warna kosong
Tapi
Masih tak jumpa

Kosong
Bukan nama yang diberi jika kau masih
Dapat lihat warna putih
Tanpa titik

Kosong
Aku tak tahu apa, mengapa
Kau jadi kosong

Wednesday, 16 November 2011

Deep in my heart

Dear Allah,
Please conceal my feeling and don't make it obvious.
Please slow down the beats
Please lesser the thoughts
Please
Please and please..
I beg You.

Sunday, 13 November 2011

Kecewa yang bermakna

Selepas itu, aku berazam untuk tutup pintu rapat-rapat dan sendal pintu besar menggunakan batu-bata. Akan kususun batu-bata tinggi-tinggi. Jangan risau, ruang-ruang kosong akan kututup menggunakan renyukan kertas putih biar tak tersingkap sebarang cahaya daripada teratak ini. Akan kubuka pintu teratak ini jika insan yang ketuk pintu itu datang pada waktu yang sesuai. Mula-mula api kemarahan memang wujud, membuak-buak macam boleh jilat semua benda depan mata. 


Tapi, rasionalnya tetap kunjung tiba selepas itu dan aku fikir ini jalan terbaik.


Oh, sudah lambat rupanya. Jangan buang masa lagi. Bangkit dari lamunan panjang.

Thursday, 10 November 2011

Dialog hati dan jiwa

Jiwa: Makin dipendam rasa, makin suka. Hidup tenang, tapi entah. Ada sesuatu yang sukar ditafsirkan.

Hati: Sabarlah. Kalau sudah itu ditulis menjadi jodoh, memang akan tiba satu hari yang pasti. Tak perlu lagi     melangkah jauh-jauh. 

Jiwa: Tapi, kalau dibiarkan, bagaimana kalau dia menjadi milik yang lain? Bagaimana kalau hatinya terpaut pada yang lain?

Hati: Maksudnya, mungkin dia bukan untuk kau atau mungkin juga suatu hari nanti dia pasti menjadi milik kau. Kau tidak tahu masa depan, bukan?

Jiwa: Benar. Tapi, ...

Hati: Tak perlu tapi, tapi lagi. "When you like someone, it doesn't mean you must be in a relationship. " Bear in mind, Allah knows what is the best. TakdirNya itu indah dan kau perlu tahu. Perlu faham.

Jiwa: Betul. Teruskan bersabar dan bertahan. Hanya untuk beberapa tahun sahaja. 

 Perbualan tamat... 

Wednesday, 9 November 2011

Wanita

Bagiku menjadi wanita sangat istimewa. Melengkapkan rongga-rongga dunia dan syurga.Fikiran melayang mengimbau lembaran sejarah kehebatan wanita.

Datuk moyangku, Adam A.S., sudah begitu hebat berada dalam ayunan enak syurga yang sarat dengan nikmat yang tidak terungkap dengan kata-kata. Namun, masih ada kekosongan pada relung sanubarinya yang nyata. Dia merindui seseorang. Walau dihamparkan dengan lautan keenakan yang tiada tandingannya, dia masih berasa tidak sempurna sehingga diciptakan sesuatu daripada tulang rusuk kirinya, Hawa seorang wanita.

Begitu hebatnya wanita sehingga ada yang menggelar tangan lembut yang menghayun buaian umpama bidadari yang berjalan di atas muka bumi. Betapa indahnya wanita.

Wanita bagaimana yang aku mahu jadi? Itu persoalannya.

Aku mahu jadi

wanita yang mampu berdikari ketika cabaran datang bertimpa-timpa. Benar, juraian air mata peneman setia menempuh jalan yang berliku. Namun, kirimkan salam kekuatan agar kaki tetap tabah dan cekal mengharungi segalanya.

wanita yang tahu sekurang-kurangnya asas masakan dan jahitan. Aku rasa tidak lengkap menjadi wanita tanpa dua asas penting ini. Sebab itu, masa yang berjalan kini aku rasa begitu pantas, sehingga kadang-kadang aku takut aku tidak berjaya menguasai keduanya. Akulah wanita yang paling bahagia di atas muka bumi ini andai suatu hari nanti aku mampu menyediakan makan, minum, pakaian keluargaku kelak.

wanita yang memiliki suara lembut ketika mengalunkan qasidah cinta memuji Tuhan Pencipta alam dan asyik mendodoikan bayi dalam buaian sehingga mampu meruntunkan hati yang keras membeku, melahirkan sebak untuk sujud kepada Nya.

Siapalah aku untuk menjadi sempurna. Hanya berpandukan impian, aku mampu bergerak. Aku umpama peneroka dengan kompas dan peta mencari jalan keluar dalam ketebalan hutan yang menghijau.

Kutitipkan harapan ini untuk semua yang bergelar wanita.
Amin.

Tuesday, 8 November 2011

Bukan mudah

Hidup tidak senang untuk dijalani, itu yang pasti. Kadang-kadang kita merintih kepiluan mengenangkan nasib ataupun tika minda beredar melawan arus hari ini, mengutip memori duka dan luka semalam.

Kadang-kadang rasa menyesal dengan peristiwa semalam.

Tapi, kenapa mahu menyesal? Jika tiada hujan sepanjang terik mentari, tentu kemarau sepanjang tahun. Bangkit dan terus bangkit. Kata-kata yang mudah disemburkan tapi berapa ramai yang mampu? Bahkan, mahu menggapai impian hari esokpun, aku tak pasti aku mampu atau tidak. Nasib baik, masih ada senjata perisai mukmin, Doa. Doa sahajalah mampu buat aku berpaut dari memegang ranting-ranting kayu yang halus kemudian mengenjak ke dahan-dahan yang lebih besar pelukannya. Sudah, mari bangkit dan terus mara ke petak hadapan. Berjuanglah. 

Sunday, 6 November 2011

Nak jadi cantik

Cantik. 

Tajuk yang sudah lama diperkatakan, mungkin sudah hampir muak setiap telinga yang mendengarnya. Tapi, tak mengapa. Aku juga mahu melakar kata di sini.

Sumpah, aku nak jadi cantik.
Cantik pada akhlak, tutur kata, perbuatan, adab. Siapa yang tak mahu? Aku mahu cantik pada akhlak, bukan untuk menyenangkan sahabat-sahabat di sekelilingku, bukan untuk memancing lelaki melahirkan rasa padaku, bukan untuk mempesonakan makcik-makcik sekeliling rumah, tapi aku mahu cantik kerana Tuhanku. Aku mahu cantik peribadi kerana aku masih  belum layak digelar hamba Nya. Aku hanya insan yang entah Dia pandang atau tidak.


Mungkin manusia berkata bunga mawar itu cantik kerana warna merah mekarnya. Mungkin. Tapi, aku rasa harrumannya yang semerbak itulah yang menjadikan dia cantik dan ingin dimiliki. Entah. Hanya sekadar pendapat.

Ya Allah, perindahkanlah akhlakku sebagaimana Engkau menyempurnakan kejadianku. Ameen.

Persinggahan

Aku akan melangkah pergi bila tiba masa yang pasti. Doa dan harapan yang kubawa bersama takkan ku patah balik. Sungguh. Tapi, bukan sekarang. Sekarang, hanya duduk diam-diam di ceruk belah kanan (aku harap-harap) sebagai pemerhati bukan pengacau. Doa dan terus berharap. Itu sahaja titik tengah, tiada pertemuan atau perpisahan. Seram bunyinya, bukan? Tapi, jangan risau, tiada apa-apa yang bakal terjadi. Aku tahu batas-batasnya.

Salam Aidiladha.

Saturday, 22 October 2011

Letter to My Future You

Dear Future You,
I try my best to preserve my heart
for you
I repeat,
only for you.

Even I don't know who you are
Either we meet by chances
or either you are right here in front of me
or either I stalk you through Facebook
It doesn't matter

I try my best to be the best
Because I want to be your best
Until you can't ever look for other girls
Until you can't ever blink your eyes just for me
Because you are so much precious
My Future You.

I am sorry
because my heart was stolen by the wrong guy
I gave half of my heart to him
I believe he was not my Future You.

My Future You,
I never want to hold your hands right now
I never want to glare into your eyes
I never want to have your smile
In the reality full of lies
In the reality full of deception
In the so-called happiness

My future You,
I hope we will meet in the bless
Under the shower of barakah
Under the sun ray of happiness

My future You
I never tired of waiting
I never tired of wondering
Rather than to meet you right now
Rather than to meet you on the wrong time

My Future You
Never despair even once
Because the fate is so much embellish
Because the truth reality is not yet to come
Because Allah knows what is the best

Insya Allah
My Future You

Belangsungkawa

Mata belum terpejam erat.
Hati belum jadi batu.
Aku tutup pintu rapat-rapat.
Untuk dia yang satu.

Wednesday, 19 October 2011

Mahu jadi bidadari besi

Bidadari besi, segagah nama yang diberi.
Harapan yang tinggi menggunung menjulang langit yang tidak bertiang tanpa bumbung.

Aku
 tidak seindah sang purnama mengambang di tengah kepekatan malam yang suram.
tidak seharum kuntuman mawar yang mekar mewangi
tidak setenang pukulan ombak menghempas pantai

tapi..

masih ada hati dan jiwa yang harap-harap kental. Satu sahaja pesan aku buat diriku atau kamu atau dia atau siapa-siapa. Jangan mudah mengeluh. Aku tahu keluhan umpama satu luahan rasa yang tidak pasti mampu memuaskan hati atau tidak. Hanya satu yang pasti, keluhan menjadi hamparan kata buat siapa yang mampu mendengar dan menjadi nanah dalam telinga buat siapa yang benci. Mahu jadi tabah dan tidak mengeluh. Pesan ini kepada semua.

Terima kasih kepada sesiapa yang sudi kunjung ke teratak usang tua yang tak seberapa ini. Aku hargai sangat-sangat.


Berjalan dan terus berjalan

Derapan langkah kadang-kadang terlalu cepat dan pantas, kadang-kadang terlalu lemah. Tapi pejalan kaki mana yang tidak begitu? Aku berjalan juga. Aku selalu sangat rasa malu pada hati, diri dan orang sekeliling tentang langkah aku. 
 Langkah aku bukan semua cantik. 
 Langkah aku bukan semua indah.
Tidak, percayalah.

Tapi, aku masih ada peluang untuk baiki langkah aku, bukan? Aku masih punya kaki untuk pandu arah, bukan?

Sudah penat melangkah langkah buruk. 
Mahu jadi jadi pejalan kaki yang baik. Mohon doa dari semua. 
Terima kasih.

Sunday, 16 October 2011

Mengapa

Peleraian pengakhiran cerita itu yang kusangka tenang dan bahagia umpama hempasan ombak pada pantai yang redup bertukar kepada siulan ribut taufan yang menghancurkan binaan manusia.

Mengapa masih wujud andai jiwa tidak tenteram?
Mengapa masih mencengkam andai semua tidak benar?

Otak penat berfikir, mata penat lesu. Aku bertanya. Sekali lagi. 

Mengapa?

Friday, 14 October 2011

Luka semalam berdarah kembali

Aku fikir aku tabah dan kuat. Tapi, tidak. Aku lemah sangat tanpa kudrat. Hati belum mati tapi sudah longlai.
Ya Allah, minta segenggam ketabahan untuk menghadapi liku-liku kehidupan ini.

Thursday, 13 October 2011

Aku bukan ego

Aku tak mahu jadi ego. Aku bukan ego. Biar apa pun tafsiran kau terhadapku, aku bukan ego. Ada cerita dalam lipatan yang aku simpan jauh di celah-celah hati. Ada kertas tanpa tulisan yang sudah berdebu dan tak mahu aku buka. Entah mana-mana aku campak kertas itu. Kau tak perlu tafsir apa-apa makna dari aku kerana kau sangat tidak perlu untuk lalui semua itu. Biarlah. Aku sorang sudah cukup, bukan kau yang perlu tanggung.

Saturday, 8 October 2011

Kesukaan dan harapan

Hati tertawan pada bait kata ini dan harap aku mampu gagah kumpul tenaga dalaman seperti ini:




Sebelum tiba waktunya utk kamu halal bersama si dia, tahanlah hatimu..tahanlah perasaanmu..jika perasaan itu tidak tertahan lagi..coretkan segala isi hatimu ttg cinta & rindu, tentang doa & harapanmu padanya dalam tulisan dan simpanlah warkah tak beralamat itu sebaik mungkin..Apabila tiba waktunya kamu di satukan,serahkanlah segala isi hatimu itu padanya..dia pasti bahagia menerimanya..tetapi jika waktu itu belum tiba.,biarlah ia menjadi RAHSIA antara dirimu dan Allah swt sahaja..kerana kelak jika dia bukan milikmu,bakarlah coretan itu bersama hilangnya wajah dia dari hatimu.. ^_^


Ihsan: facebook page

Terima kasih kepada penulis tanpa nama yang membakar semangat hati yang sedang membara. Syukran kathir

Friday, 7 October 2011

Bertahanlah

Bertahanlah wahai hati selama mana yang kau mampu. Walaupun ini bukan mudah, tapi cuba. Walaupun dia tidak pernah tahu atau mungkin tahu, tetaplah bersabar wahai hati. Sabar itu perit tapi hasilnya indah. Belajarlah dari kesilapan yang lalu.

Sekurang-kurangnya kau masih punya mata untuk lihat. Sekurang-kurangnya, masih punya akal untuk ingat. Sekurang-kurangnya masih ada doa untuk desemai. Sekurang-kurangnya semua masih ada.

Bukan niatku untuk menjauh daripada dia, sungguh. Tapi, degup jantung yang berdebar seakan boleh didengari oleh dia tatkala empat mata bersua. Sebab itu, aku pilih untuk duduk jauh-jauh daripada dia sedar aku sedang suka dia.

Ya Allah, jika dia untukku, kau sabarkanlah hati kami, terutamanya hati aku. Jangan sampai dia tahu, bukan sekarang.

Sudah puas cuba untuk menafikan tetapi tidak. Macam ada petanda dia dengan aku, bukan sekarang tapi akan datang. Ameen.

Tuesday, 4 October 2011

Siapa suka?

Siapa suka penat dan lelah? Siapa suka letih dan tidak bermaya? Kulihat tiada tangan yang diangkat, tiada mulut yang bersuara.
Eh, ada tangan yang menunjuk aku. Ada mulut yang kata aku. Ada mata yang memandang aku. Aku suka penat? Aku suka letih dan sibuk? Aku suka?

Siapa kata aku suka. Mungkin awak dan kamu boleh nilai aku pada zahirnya, tapi terpulanglah. Itu pandangan kamu dan aku tiada hak langsung untuk berkata apa-apa. Biarlah.

Kalau kamu tahu penat ini, lelah ini, letih ini yang mampu melupakan semuanya, pasti kamu tahu betapa terseksanya aku ketika aku sedang berehat. Berehat serupa berfikir. Bergerak dan berlari sahaja mampu buang semuanya. Kalau kamu tahu aku sangat ingat dan tidak mampu lari daripada pemikiran itu pasti kamu mahu aku sibuk. Biar tiada ruang untuk yang lain menjajah mindaku sedang aku bersenang-lenang. Biar kesibukan yang melanda diri mengganti tempat itu.

Kamu tahu apa yang bermain di mindaku?
Tidak, bukan.

Aku tahu. Kadang-kadang ini rasa macam menyeksa diri.
Tapi, aku ada pilihan lain ke?
Sila jawab, wahai penunding jari.

Monday, 3 October 2011

Harus dan perlu

Semoga keletihan dan kesibukan diri mampu meleburkan ingatan yang aku tidak mahu ia kunjung tiba.

Rela penat dari mengingat.
Rela sakit dari perit.



Diam dan teruskan penat.

Sunday, 2 October 2011

Serabut

Hari ini pintalan benang hati makin kusut dan tak keruan. Sudah puas dicuba untuk kuleraikan, tapi makin menjida-jadi dan kompleks.

Tiada bahasa dan kata lagi yang mampu menterjemahkan makna zahir dan batin.
Berterus-terang sudah, berkias sudah. Tapi objektif asal masih belum tercapai.

Atau,
sebenarnya kefahaman itu sudah utuh bertapak menterjemahan sebuah pondok kecil di tengah hati kering. Tapi, sahaja dibutakan mata, dipekakkan telinga agar pucuk yang baru aku tanam mati diracun.

Entahlah.

Definisi kamus hidup kau tidak mungkin aku faham dan aku tidak mahu faham. Menyesal untuk faham. Mungkin ada hikmahnya. Aku yakin dan percaya sangat.

Sunday, 25 September 2011

Penyesalan

Pandanganku pada sepasang burung yang sedang asyik berkicau-kicauan sejak tadi menggamit perasaanku. Sedikitpun aku tidak berkelip atau berganjak dari jendela bilikku. Aku terpesona, terpana, terkesima dengan keindahan panorama yang selama ini tidak pernah kusedari.

Semakin kurenung pada titik fokus itu, semakin jelas satu per satu gambaran memori silih berganti. Aku sedih, pedih dan termangu seketika. Perit untuk diungkap, sakit untuk dikhabarkan hanya linangan juraian air mata pengganti bicara. 

Benar, Dia tidak pernah membenarkan aku melupakan Dia. Andai aku terleka, cepat-cepat sahaja peristiwa menyusul petanda mahu aku kembali kepada-Nya.

Apa lagi yang perlu kupinta. Sudah terang lagi bersuluh bahawa Kau Maha Penyayang, Ya Karim. Ketahuilah, maluku setebal tiada perumpamaan yang mampu diungkapkan apabila tangan memohon doa, dek terasa hina dan dina. Aku umpama hamba yang menumpahkan minyak hitam pekat dan sukar ditanggalkan kesannya di tengah rumah Tuanku. Namun, Tuanku masih mengukir senyum, menyediakan kelengkapanku dan masih menjagaku. 

Siapalah aku untuk terus menjauh daripada Dia. Bantulah aku untuk terus sujud menyintai Dia sedang insan lain lena diulit mimpi yang sementara.

Ini bukan mudah, tetapi tidak mustahil.
Teruskan mengigati-Nya dalam lena dan sedar.

Dia Maha Mendengar lagi Maha Penyayang. 

Tuesday, 20 September 2011

Pemilik tulang rusuk itu

Aku melangkah ke sana ke mari tanpa hala tuju mencari seseorang. Siapa yang kucari? Aku sendiri tidak pasti. Percayalah,walau siapapun yang kucari, aku tidak mahu kamu hadir saat ini, tika ini. Percayalah dan fahamilah bahawa aku belum bersedia, langsung tidak bersedia. Aku rela melihat kamu mengukir senyum tawa dengan riang sedang aku sedang berselindung di celah-celah batang pokok sebesar pelukanku, memerhatikanmu dari jauh. Ini jalan yang terbaik. Tidak perlu aku bercerita tentang kisah hatiku padamu. 

Untuk apa?

Aku bukan mahu kamu menjadi kekasihku. Aku mahu kau menjadi temanku yang sah satu hari nanti, jujur kukatakan.Biar aku puas menolak bayanganmu beribu batu jauhnya, namun wajahmu tetap memenuhi ruang pemikiranku.

 Beristighfarlah, wahai hati.
Jangan kau biar fikiranmu melayang jauh. Berdoalah pada Rabb mu. Jika dia untukku, aku pasti, dialah yang terbaik buatku. Andai dia bukan untukku, berdoalah untuk kebahagiannya di dunia dan akhirat.

Dan, kamu.....
bersabarlah. Jangan diucap kata-kata manis semanis gula atau sehalus baldu andai kau belum benar-benar bersedia memikul tanggungjawab itu.

Percayalah, sebuah kebahagiaan itu bermula daripada ikatan yang diredai.

Maaf, aku pernah memberi hatiku pada orang yang salah, itu silapku. Maafkan aku. Biar bertahun menanti, kesabaran itu pasti diberkati. Teruskan berdoa dan jangan pernah berhenti.

Aku perlu belajar sabar dan reda.



Wednesday, 7 September 2011

Reverse psychology

Memang seratus dua puluh peratus tepat panahan busur pemikirannya di atas papan itu.
Dia tahu selok-belok cara terbaik untuk menjinakkan kau. Kau bukan orang berhati batu tetapi kau punya hati selembut kapas yang mampu menyerap air semaksima mungkin.

Dia akan mengkhabarkan penyesalan dan kemaafan.

Itu sudah pasti.
Kau akan terkesima, terjelopok sebentar, berfikir panjang-panjang.

Ayuh, bangkitlah. Belek kembali buku ilmiah Psychology tajuk  Reverse psychology. Kaji dalam-dalam, bukan menghafal semata. Bukan dikatakan cemerlang seseorang itu kalau hanya mahir teori tetapi praktikalnya gagal. Gunakan kuasa aura sejatimu untuk menang.

Aku tidak tahu kosa kata Reverse Psychology dalam bahasa ibundaku. Bukan niat di hati untuk merogol bahasa. Ampun maaf dipinta.

Pemimpin (sesetengahnya, bukan semua) dan pengikut-pengikut

Otak kembali bersuara meminta agar tangan memuntahkan tulisan. Baik, jari menurut kata.

Persepsi mereka dan aku

Siapa dia? Ya, gadis berkerudung pudar di sana. Kecil, tapi bersuara lantang. Aku lihat dia bersemangat waja melontarkan buah fikiran. Ada yang kata, dia sombong dan bongkak.
Entah, aku pun tak tahu. Aku tetap dengan pendirianku. Dia gadis bersemangat waja, suara memecah dewan, memukau mata memandang dengan hujah bernas umpama bertih jagung .

.
.
.
.

Persepsi gadis berkerudung pudar

Aku bangga kamu semua tertawan pada hujah yang tidak kutahu benar atau tidak. Aku ratu yang bijak memanipulasikan kamu semua hingga kata-kataku dianggap bagai sesuap nasi yang ditadah oleh kamu semua. Tanpa aku, kamu semua mati dan binasa. Ha Ha Ha. Manusia, manusia. Mengapa kamu semua tidak bijak? Konon-konon akal itu aset terbaik yang kamu punya. Lihat? Kamu hanya mengangguk-angguk sahaja. Bodoh.

Mana hujah daripada kamu semua?
Mengapa kamu semua akur padaku?
Kamu semua pengecut tegar bukan?

Kamu memilih untuk mengetuk tin buruk di belakangku. Ingat aku tidak tahu? Jangan cuba sebarangan, aku sedang menunggu gerak terbaik untuk memanah anda semua. Hahaha.




Begitulah ragam manusia yang konon-kononnya mendewa-dewakan pemimpin di hadapan mereka. Sajian kata-kata enak menjadi santapan buat mereka. Namun, cuba kamu lihat di dapur penyediaan sajian itu. Anai-anai, bangkai busuk bersepahan di merata tempat persis tempat pelupusan sampah.
Sudah-sudahlah. Berhenti sahaja lakonan di pentas kehidupan. Kebenaran yang busuk lebih enak berbanding dusta yang enak mewangi.







Monday, 5 September 2011

Padah makan cili

“Itulah, kan mak dah pesan”. Kau bukan gemarkan pedas tapi kenapa kau makan juga cili tu?
Aku membisu, hanya berperang mulut dalam hati. Diam. Diam semua. Diam, biar betul-betul diam. Aku suka warna cili, itu yang sangat pasti. Mengapa aku suka cili? Cili merah berkilat tanda berani. Berani menghadapi apa juga cabaran. Saiznya yang kecil tanda cili itu cilik.

Aku tak peduli apa rasa cili tersebut asalkan aku dapat rasa dahulu. Biar nenek tua yang tiada gigi hadapan beritahu cili itu pedas macam nak pengsan kalau tak dapat tahan. Otak boleh berdenyut-denyut, mata berpinar-pinar dek panahan sang cili. Siapa peduli kata nenek yang umurnya kukira rumah sudah kata pergi, kubur sudah panggil melambai-lambai.  Sudah bengkak bibir muncung sepanjang sedepa baru menangis tak keruan dek tak tahan pedas cili.

Nenek buat tak layan sambil bersiul girang. Aku tahu. Nenek gembira sebab aku bebal dan kepala konkrit.  Nenek cakap hanya aku yang perasan kepalaku keras umpama keluli besi pembina tiang KLCC padahal rapuh umpama buah tembikai berkulit hijau muda.
Minta maaf, mak.
 Ingat, cili kecil tak rasa pedas.
Ingat ada cili rasa manis dan segar, sesegar warna merah cili yang terang benderang.

Mak senyum sinis. Dia biarkan aku berendam dalam air mata. Bukan dia tak sayang, tapi manusia, biasa, sudah kena baru menyesal. Mak tidak menghulurkan  aku walau setitis air masak. Dia mahu aku sendiri ke dapur, menuang air tersebut. Dia mahu aku berusaha menghilangkan pedas yang aku sendiri makan.

Terima kasih cili. 
Kalau aku tak penah rasa kau, sudah pasti aku ingat kau manis.


PS: Metafora kehidupan yang terlalu indah untuk dipersembahkan  tetapi aku taksub dan takjub, bak kata orang syok giler untuk bercerita menerusi pena lakaran tak berdakwat.

Saya peminat setia Zahiril Adzim. J

Sunday, 4 September 2011

U-Turn

Penat. Perjalanan menuju Tuhan dikhabarkan tidak lama sepanjang dunia akhirat yang di sana. Tapi, kenapa fizikal dan mental sudah hampir mahu membeku umpama bongkahan ais di Kutub Utara dan Selatan tanpa kilauan cahaya Sang Mentari?

Mungkin, aku yang banyak kata, banyak  rungutan, walhal ia bukan sesukar mana. Mungkin mudah untuk membuat pusingan U bagi yang sudah mahir mengendalikan kereta manual. Namun, bukan mudah untuk aku membuat pusingan itu kerana aku belum mahir selok-belok ilmu memacu kenderaan bermotor.

Persetankan sahaja bisikan kata-kata yang mampu mematahkan ranting-ranting semangat yang mula menyerap garam mineral untuk menjadi dahan. Siapa mereka untuk melemahkan kau? Siapa yang menanam di tapak semaianmu? Bukan dua tangan dan tulang empat kerat mereka atau  dia  yang menzahirkan kudrat, namun, kamu, ya awak, yang membanting apa-apa sahaja untuk meneruskan kehidupan.


Teruskan usaha murnimu untuk membuat pusingan U itu. Tidak salah.

PS: Sebaik-baik manusia bukanlah mereka yang tidak pernah melakukan kesilapan, tetapi mereka yang kuat untuk bangkit dari kegagalan. 

Saturday, 27 August 2011

Pedih


Hari itu dia berjalan kaki ayam tanpa sebarang alas dalam renyai-renyai hujan. Dia buntu dan dunggu. Dia umpama sang lembu yang dicucuk hidungnya tapi tanpa tali yang nyata. Dia berjalan tanpa arah tuju di atas bilah pedang yang tajam sehingga terbelah kedua belah tapak kakinya yang halus mulus itu. Dia sakit dan pilu namun tangisnya dipendam jauh-jauh ke dasar hati. 

Biar tiada siapa yang tahu apa rasa yang ditanggungnya. 

Kakinya sudah terbelah menitikkan darah-darah merah dari celah tapak kaki. Sakitnya tiada siapa yang tahu. Hanya dia sendiri yang tanggung. Dia yang berjalan di atas pedang itu, bukan dipakasa. Biar padan mukanya menanggung seksa derita. Walau pedih terasa langkah masih lagi diteruskan walau lemah longlai langkahnya. Dia berharap agar ada yang sudi merawat lukanya walau dia tidak yakin masih ada yang sudi. 



Dia pasrah atas segalanya.

Thursday, 18 August 2011

Dugaan


Pertemuan dua pihak di atas papan catur yang bukan berwarna hitam dan putih menyaksikan kesengitan yang nyata tiada sempadan. Gerak langkah yang singkat tapi tepat harus dikerah agar kau mampu mengalahkannya. Ya, kau harus pintar membaca fikirannya sebelum dia memulakan langkah.


Di sini, tiada perkataan “SERI” atau mengalah.


Hanya wujud siapa menang dan siapa kalah.
Askar mana yang harus berjalan dahulu, itu sukar untuk kau tentukan. Kadang-kadang, kau mengambil masa yang bukan sekejap untuk mencipta strategi bijak. Boleh jadi sahaja pihak lawan mampu membaca fikiranmu dan kau jadi kaku. Ini bukan perlawanan catur biasa. Percaturan hidup yang tersusun bukan mudah. Dia cilik dan kau juga licik.
Tiada manusia yang mampu menyaksikan kehebatan kamu berentap.

Hanya kamu dan dia yang menjadi penonton setia. Perlawanan yang tiada hadnya kadang-kadang membuatkan kau letih, penat dan mengalah. Tapi, mahukah kau dianggap pengecut untuk mengalah? Tidak bukan? Kadang-kadang kau terjelopok dalam dunia fantasimu dek berfikir jauh tentang gerak langkah pihak lawan.

Dia bijak memainkan peranan untuk mengaburi mata kau.
Dia bijak menyelimuti niatnya dengan kain tiada warna.
Dia bijak mencipta muslihatmu menerusi dirinya sendiri.


Waspada. Aku bimbang dia sedang cuba mengalahkanmu, sedang kau sedang leka. Kau tiada alasan untuk kalah kerana dia mempunyai kelebihan setaraf denganmu. Hati-hati menyusun langkah, jangan leka dan hanyut di dalam dunia khayalan, jika tidak



“CHECKMATE”.


Kau kalah dan dia senyum sinis.

Wednesday, 17 August 2011

Ramadhan & Surau Al-Bukhari


Derapan kaki melangkah ke situ bukan selalu. Hati terusik dan sebak melihat begitu ramai yang berpusu-pusu datang ke sini untuk merebut piala ganjaran yang dijanjikan. Wajah terukir senyuman manis. Ukhwah terjalin mesra. Dosa-dosa berguguran jatuh ke bumi tatkala dua pasang tangan bertaut memohon keampunan. Inilah yang sudah lama kurindu dan nanti setelah sekian lama. Di mana lagi kan kucari seramai ini melainkan di bulan yang penuh hamparan nikmat dan rahmat. Namun, masih ada yang leka dan endah tidak endah apa yang dibicarakan di depan sini. Masih ramai di tapak keramaian. Mungkin tidak menyedari kelazatan hadiah yang bakal dianugerahkan. Jangan menunding jari pada dia, awak atau kamu. Satu jari menunding, empat jari lagi kembali pada diri sendiri. 

Saturday, 30 July 2011

Almost-Famous Amos Cookies Recipe

A few days ago, I totally craving for home-made cookies. It has been a very long time I didn't bake anything. So I tried to make cookies that I called "Almost-Famous Amos Cookies" and guess what? I manage to make quite a good bake. :) Let's check this out:




2 cups butter
4 cups flour
2 tsp. baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal & blend in blender to a fine powder)
24 oz. chocolate chips
1 tsp. salt
18 oz. Cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tsp. baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp. vanilla
Cream the butter and both sugars.
Add eggs and vanilla;
mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder, and soda.
Add chocolate chips, Cadbury bar and nuts.
Roll into balls and place two inches apart on a cookie sheet.
bake for 10 minutes at 375 degrees.


Notes:
Okay, this could be such a super sweet cookies if you follow the exact amount of both sugars. So, I just used about 3/4 cup of them. I didn't add chocolate chips and it was fine. I reduced all the ingredient to half. For instance, 2 cups of butter was reduced to 1 cup only. (This was my first attempt to make these cookies. I didn't want to finish them all by myself it turned to be not-so delicious. Haha).And, 1 bar of chocolate bar is equal to 10 to 12 oz (this recipe didn't mention about it).  One more thing, it is better for the cookies to not have an exact shape. Just use spoons to place the cookies on cookies sheet. First, I rolled it into balls but it wasn't attractive. Then, I place the ingredient with spoons and it was better. Sorry for not having any picture of them because we have already munch them until nothing left. Let's try this for this coming Hari Raya Aidilfitri. :) Last but not least, happy eid mubarak. Baraka Allahu fi kum.

Credit to: Recipe

Friday, 29 July 2011

Mimpi. Tafsiran atau mainan?

Bingung aku dibuatnya. Setiap kali bangun, aku berfikir. Aku sudah bermimpi sebanyak tiga kali orang yang sama, orang yang dikenali. Orang kata, mimpi mainan tidur. Kalau mainan, kenapa harus sampai tiga kali banyaknya? Tak perlu dikhabarkan siapa dan apa mimpinya. Cukuplah diberitahu orang itu dalam mimpiku hanya memerhatiku dari jauh, redup matanya mentafsirkan sesuatu yang aku mengerti. Aku cuba menjauh zahirnya, tapi fikiranku tidak.  Permainan minda yang berputar ligat buat aku keliru umpama dungu. Harap, mimpi mainan tidur.

Monday, 25 July 2011

Bersyukur

Mulut bising membicarakan semua yang serba daif di sini sana kerana mengikut langkah kaki yang mungkin infiniti langkahnya. Infiniti yang hanya berakhir apabila kubur sudah digali. Mandi dan kapan yang sudah membaluti sekujur jasad yang dahulu kau sangat bangga dengan kehebatan bukan semua manusia dapat dicapai. Kau tercampak ke dunia lain yang serba tidak kena pada pandanganmu. Saat itu, kau rasa dunia yang kau punya sebelum ini lebih baik dan kau meraup muka dengan kedua belah tanganmu, melindungi juraian air mata yang jatuh ke bumi. Baru tahu tinggi rendah langit yang membiru, kecil besar ruang berlindung, tinggi rendah bangunan terpacak. Makhluk lain sibuk mengkhabarkan tanaman apa yang perlu kau tanam pada tanah semaianmu, namun benar perlu kau turuti mereka? Bukankah kau lebih tahu baja apa yang sesuai pada tanah kau? Kerana itu, akal terletak di paras yang teratas, bukan sembarangan tapi ada makna yang perlu kau ta'kul. Adakah kerana terikat dengan aksara "DEWASA" membuatkan kau alpa dengan segalanya sehingga semua anggota tidak perlu sujud menghadap Dia? Ingat semuanya kekal belaka? Rugilah semua yang tidak merafakkan penghargaan yang bukan lama dipinta. Buat aku, kamu dan semua. Sudahkah kita bersyukur? Tanda tanya yang sendiri ada jawabnya.

Wednesday, 13 July 2011

Leka

Otak berputar-ligat berfikir susunan aktiviti terancang tanpa dicatat pada helaian kertas bergaris biru umpama monolog dalaman yang difahami oleh diri sendiri dan terkatup rapat dalam kotak yang tidak ku tahu warnanya. Berjalan mundar-mandir memikirkan perkara di dalam kotak yang tidak tersusun di atas rak imaginasi sehingga terleka sebentar kepada perkara yang sedang dilaksanakan. Cepat-cepat membuka Muka Buku kononnya mahu melihat input terbaru tapi hanyut di bawa arus keriangan yang entah apa definisinya. Kosong. Tidak bermakna. Kelakar sungguh Muka Buku itu membuatkan kotak yang tadi tidak tersusun tapi masih boleh dicari hilang sepantas kau membuka Muka Buku. Leka dan terus leka. Satu per satu helaian itu diselak, entah apa yang kau cari. Kembali terkenangkan kotak itu namun sudah terlambat. Arus sungai telah menelannya bersama sang masa yang tidak pernah sabar menunggu. Renanglah arus sungai itu, mustahil kau dapat mencarinya walau seribu kudrat telah kau guna.

Monday, 11 July 2011

Aleph by Paulo Coelho


Above is a video made by its author himself, Paulo Coelho and below was made by one of his fans. I think both videos carry intense messages that can only be understood by contemplating and wondering in a deep thought. Enjoy! 


Sometimes I wonder how can a person have a brilliant thought and translate it into just plain papers. I wish to read this, for real (Although I have a list of books awaiting me :)....  Here comes the book,

I thought this book has been somewhere in Kinokuniya, MPH or even Popular Bookstore for a long time like Harry Potter, Twilight and etc. (I live in suburban area, forgive me if I am outdated. He~~). Then, I seek aid from my dear Mr. Google. Guess what, I found this:

 As we can see, it will be published maybe in 2012. Okay, wait yeah. I'm not sure this title comes in volume or just a single book. But, I love to have it. Do tell me if anybody found Aleph.

Credit to:  Paulo Coelho's blog

Mengantuk

Hari in mataku buntang umpama bebola kaca yang tidak lekap duduknya di rangka retina. Otak berdenyut-denyut kecil meminta aku berehat sebentar. Sabar ya. Akan aku bawa dirimu keluar dari alam maya menyahut keinginanmu. Sabar. Bagiku sedikit waktu. Hanya seketika. Bukan mudah aku mahu berbicara menggunakan bahasa setelah beberapa tahun aku menembusi ruang bahasa Melayu yang telah digantikan dengan Lingua Franca ini. Sabar. Beri peluang kepada sang jari mencoretkan rasa, ya.

Baik.
Dia sudah penat menari di sini. Dia sudah memberi kamu ruang untuk bernafas. Jangan merengek kecil bagai bayi sedang kamu sudah lahir jauh dewasa dari si bayi.

Salam. Pergilah kamu terokai ruang yang tiada sempadannya.

Friday, 8 July 2011

Manusia bermulut dua?

Orang tak pernah puas ngan hidup. Banyak kerja pun membebel, tak de kerja pun membebel. Kenapa tak pernah berhadapan je ngan kerja, rangka gerak kerja dan terus mara? Kenapa biar kebosanan yang isi ruang waktu kalau betul-betul sakit hati mendegar perkataan itu. Apa entah nak jadi ngan kaum homosapien ni. Nasiblah mereka bermulut satu. Saya tak dapat bayangkan kalu makhluk ini ada lebih daripada satu mulut.

Bagaimana agaknya. Tentu jadi gila kerana dua-dua belah telinga mereka tak dapat fokuskan percakapan si mulut A dan si mulut B. Mungkin mereka akan menjadi lebih penat daripada biasa. kadang-kadang manusia sendiri yang tak dapat kawal percakapan mulut A dan mulut B. Ruang gosip mcm BEAUTIFUL NARA pun makin membiak subur, sebab mulut-mulut ni nak bercakap.


 Pastu, kalau ade pertandingan debate or singing competition pun mike kene ade due, sebab nak kasi chance kat dua-dua mulut ni bercakap. Bile singing competition, tak perlu lagi ade back up singer. Mulut A jadi vokalis, mulut B jadi back up. And then, duet pun x payah. Mulut A jadi suare Siti Sarah, mulut B jadi suare Jamal Abdillah. Huhu.

Lupa, saya pun termasuk dalam golongan homosapien ni. Mungkin jugak termasuk dalam golongan ini???? Ye, benar. Sebenarnya, main fokus kat sini nak cakap pasal merungut. Tapi, imaginasi saye suka sangat terbang tinggi umpama burung yang bebas di angkasa.
 I've to go now. Manusia bermulut dua? None of Homosapiens have two mouths. If so, do tell me.

Thursday, 7 July 2011

TQ Allah for everything

First of all, yes. Thanks to Him for mcm2 nikmat Dia dah bagi..

Skrang murah rezeki sgt... Sejak jadi Research Assistant ni, ade la beberapa org y mintak tlg saye. Tq so much. Pastu terjumpa ngan ex senior y mintak tlg jadi fasi plak bile ade kelapangan. Oh, tq Allah. I'm speechless. I am not a good person but You give me such unimagenary bounties.

Thank you so much.

Thanks.

Thanks.

Under construction

Sungguh aku buta dalam membina blog. Even tough dah ramai org buat, I 'm still left far behind.. Haha.. So, sorry for today's inconvenient. My blog is sucks. Haha. Biase la.. Percubaan. Nge~~~ Tgk design background and colour font. Sungguh ridiculous. Wahaha.. So far, I just trying. Thre is a lot of things to discover. Shhh~~ Jgn gelak.

Wednesday, 6 July 2011

Keserabutan yang melanda

Gabungan perasaan gembira, keliru yang menolak kesedihan masih belum kuat untuk membinasakan kepenatan yang jelas di dalam spiritual tanpa terpancar pada fizikal menjadikan aku insan yang biasa di sini. Kesemuanya bersimpang siur umpama badai semalam baru melanda meranapkan sebuah bandar yang bukan calang-calang ukur lilit kilo meter persegi.

Aku tidak marah andai tiada siapa yang memahami kata-kata yang tercatat pada skrin komputer kalian kerana bukan maksudku untuk difahami, aku cuma mahu didengari. Biar tiada manusia yang boleh menaakul, biar tiada  haiwan yang boleh mengetahui bahasa manusia yang terdiri daripada bait-bait kata yang dijalin kemas dalam gabungan ayat yang bernoktah, biar aku sendiri yang tahu. Aku brlum pernah lelah memandu di jalan yang aku belum tahu penghujungnya, kerana aku gembira bertemu pelbagai insan di setiap persinggahanku.

Terima kasih semua yang pernah sudi menjemputku singgah di teratak kalian walau cuma seketika.



Wordless Wednesday #1 Transformasi

Hari ini saye Google word Transformasi, dan ini hasilnya... Taddddaaa. terkejut .. hu~~

http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http://mediamalaya.com/wp-content/uploads/2009/05/ashraf-muslim1.jpg&imgrefurl=http://mediamalaya.com/gambar-transformasi-artis-jejaka-malaysia/&usg=__tU7Vgt3yuP2rBWEadpnb8dP2FSI=&h=342&w=550&sz=156&hl=en&start=0&zoom=1&tbnid=lxjT_X065QLd3M:&tbnh=136&tbnw=218&ei=5g4UTtriNcuyrAfmtv2HBA&prev=/search%3Fq%3Dtransformasi%26hl%3Den%26biw%3D1440%26bih%3D805%26gbv%3D2%26tbm%3Disch&itbs=1&iact=hc&vpx=541&vpy=98&dur=4098&hovh=177&hovw=285&tx=86&ty=135&page=1&ndsp=25&ved=1t:429,r:2,s:0&biw=1440&bih=805

Tuesday, 5 July 2011

Ujian kesabaran dalam berpuasa..

Memang betul, hari ini saye diuji lagi.. Yelah kan, ape tak nye.. Petang tadi, baru je balik dari buat kerje Convest, rushing gler untuk kejar b4 5pm takut2 Mahallah ofis tutup, takut2  xsempat check out n check in untuk LIVD and nanti kene bayar RM50) (baik g shopping ke, beli buku crite kan, its better).

Ok, jadi pun ngan nafas ynag termengah-mengah memanjat tangga Batu Caves y amat tinggi, lebih dari 100 stairs (i have counted it the sem before), i terus g Mahallah ofis.

"Kak, nak check in and chack out"
" Ni tulis kat cni.."
"Check in for LIDV (Living in Campus During Vacation) ? under CONVEST"
" Jap (sambil check the paper). Dik, name awak x de tau dalam senarai kami. Tahu x nanti kena bayar?"
"Tapi sy memang CONVEST".

Tibe-tibe datang menyampuk lagi seorang kaka,
" Tu lah , hari ni baru nak register. Sape suruh lambat."

Akak ni kan, memang buat saye bengang. Sabar je lah. Mane ade kite daftar hari ni. Just maybe Kak y uruskan LIDV terlepas pandang name kite.Dalam hati rase membara jugak sebab dia siap bebel lagi. Kita pun jawab lah, "saye da lame daftar, mungkin ade kesilapan teknikal'. Lebih kurang macam tulah.

Lepas da settle semua kita pun balik la room. Kita da la baru balik dari wat kerja kat ITD, termengah2, pastu ade orang yang main tuduh. Siap sound suruh bayar.. Nasib teringat, ujian bulan puase.. Aduhai, sabar je la.. Malam pulak, bukak ngan biskut n air milo sebab kafe tutp. Kul 10pm baru makan nasi.


Ujian, ujian. Allah sayang lagi kat aku, rupanya. Thanks.

Friday, 1 July 2011

Queen of the locked door

Oklah..

Ni attempt kedua I bukak blog baru.. Harap it's go on smoothly. Haha..

So, ape cter hari ni?

It goes like, today it was my THIRD times terkunci pintu bilik.. itu x termasuk tahun lepas lagi.. So, it was actually my FORTH times terkunci kat Mahallah Nusaibah tu.. I think nobody can challenge me lah, kan? Ade ke? haha.. Kalu ade sile bgtahu, k.. X sampai setahun duk kat UIA da byk kali terkunci.. Tu lah mak suh blaja, hang kuat berangan. Nasib ade jiran kat bilik sebelha. Kalu x?? Ha, duk kat lua termenung sorg2..

Jadi, ini sahajelah cter saye hari ini. Bg semangat skit ok, kat saye so bleh terus buat post.. :D


Agak2 la ckit pintu Mahallah kau cantik camni.
Till then. Bubye,olls :D